Jumaat 13/03/2026
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan akan hadir ke program seperti butiran dibawah:
Hari/Tarikh: Ahad 15 Mac 2026
Masa: 2.00 petang
Program:
• Ketibaan YB Menteri Kesihatan di Lobi Blok E7, Kompleks E, KKM
- Simbolik Penyerahan Bahan Promosi dan Pelancaran Cik Era
- Gimik Pelancaran.
• Pergerakan YB Menteri Kesihatan ke Petronas Presint 16, Putrajaya dan IOI City Mall (Watson, Caring Pharmacy dan Guardian Malaysia)
(Sidang media dijangka diadakan di IOI City Mall, Putrajaya)
Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan kenderaan disediakan di lobi KKM bagi memudahkan pergerakan petugas media.
Justeru, semua wakil media yang akan hadir dikehendaki mendaftar bagi pengesahan kehadiran di pautan https://forms.gle/kLxNmzErQEwKW2uJA selewat-lewatnya pada 14 Mac 2026 (Sabtu) sebelum 3.00 petang.
Pengamal media perlu memaparkan Kad Perakuan Media yang masih sah tempoh serta sentiasa mematuhi arahan petugas kawalan media sepanjang majlis berlangsung.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Alifata Baharuddin
Tel: 017-6284566
Nama: Puan Effaizah Shahidan
Tel: 012-3417379.
--BERNAMA