Rabu 06/05/2026
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan rakan kerjasama strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Pesta Pantun HAWANA-DBP buat kali kedua bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
Penganjuran program ini bertujuan mengangkat pantun sebagai warisan bangsa yang wajar terus dipelihara dan dimartabatkan. Sebanyak lapan pasukan media telah mengesahkan penyertaan bagi edisi kali ini.
Sehubungan itu, BERNAMA selaku agensi pelaksana HAWANA 2026 dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media untuk hadir serta membuat liputan program ini seperti butiran berikut :
Tarikh : Sabtu, 9 Mei 2026
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Panggung Sari, Kompleks Kraf, Perbadanan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk Atur Cara Majlis.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Sekretariat HAWANA 2026
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Ziana Nasir
Tel: 011-57540939
E-mel: naziana@bernama.com
--BERNAMA