Rabu 06/05/2026
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), agensi di bawah Kementerian Komunikasi akan menganjurkan Forum Media HAWANA 2026 bersempena dengan Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
Ketua organisasi media Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, wakil media luar negara yang berpangkalan di Malaysia, ahli akademik, pegawai perhubungan awam, pensyarah dan pelajar dari universiti awam dan swasta dijemput untuk menghadiri forum ini.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi.
Oleh itu, BERNAMA selaku agensi pelaksana HAWANA 2026 dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media untuk hadir serta membuat liputan program ini seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 7 Mei 2026
Masa : 9.00 pagi – 5.15 petang
Tempat : DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, The Intermark,
348 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Kod pakaian : Batik Malaysia / Smart Casual
Atur cara
8.30 pagi : Pendaftaran Peserta
8.50 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 pagi : Ketibaan YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik and Industri Kreatif),
Kementerian Komunikasi
9.05 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah,
Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi
9.10 pagi : Ketibaan YB Teo Nie Ching,
Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi
: Lagu Negaraku
: Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin,
Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, merangkap
Pengerusi Jawantankuasa Kerja HAWANA 2026
: Ucapan oleh YB Teo Nie Ching,
Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi
Perasmian HAWANA 2026 Media Forum
: Sesi bergambar
9.45 pagi : Minum pagi
10.00 pagi : Sesi 1:
Kelestarian Media Mendepani Krisis: Cabaran dan Realiti Pendapatan
12.00 tengah hari: Rehat Makan Tengah Hari
2.00 petang : Sesi 2:
Bagaimana Wartawan Menelusuri Landskap Media yang Kian Berubah
3.30 petang : Sesi 3:
Membentuk Masa Depan Media Malaysia dalam Era Digital dan Kecerdasan Buatan
5.00 petang : Jamuan ringan / Program tamat
Klik di sini untuk program yang lengkap.
Sehubungan itu, wartawan dan jurugambar/ jurukamera dijemput hadir untuk membuat liputan Forum Media HAWANA 2026.
Sumber: Urus setia Forum Media HAWANA 2026
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
Nama: Puan Zaria Mohd Nasri
Tel: 019 255 0841
Nama: Puan Norhanim Noorhani
Tel: 019 337 7233
--BERNAMA