Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan mengadakan Majlis Perasmian Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Chupak, di Gua Musang, Kelantan yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kelantan.
LRA Bukit Chupak merupakan loji rawatan air pertama yang dibangunkan oleh PAAB di negeri Kelantan dengan kos pembinaan berjumlah RM46.4 juta. Projek itu bakal meningkatkan kapasiti bekalan air bersih serta menyelesaikan krisis air hampir dua dekad yang membelenggu 20,000 penduduk di kawasan Gua Musang.
Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan rasmi projek yang dibangunkan serta dibiayai sepenuhnya oleh PAAB, siap dibina pada April 2026 kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bagi tujuan pengendalian operasi yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 11 Jun 2026
Masa: 10.30 pagi (cadangan ketibaan rakan media)
Tempat: Loji Rawatan Air Bukit Chupak, Gua Musang, Kelantan
Atur Cara
10.30 pagi : Ketibaan media
Ketibaan tetamu jemputan
11.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan
11.20 pagi : Ketibaan YB Dato’ Dr Izani bin Husin
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan
11.25 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Panglima Perang
Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin bin Daud, Menteri Besar Kelantan
11.30 pagi : Bacaan Doa
11.35 pagi : Ucapan Aluan
YBhg. Dato’ Seri Ir. Jaseni bin Maidinsa, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad
11.40 pagi : Ucapan
YB Dato’ Dr Izani bin Husin, Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan
11.50 pagi : Ucapan Perasmian
YAB Dato’ Panglima Perang
Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin bin Daud, Menteri Besar Kelantan
Gimik Perasmian LRA Bukit Chupak, Gua Musang
12.10 Tgh/hari : Sidang media
12.30 Tgh/hari : Makan tengah hari
1.15 Tgh/hari : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Pengurusan Aset Air Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Aiman Ali
Tel: 019-9763573
--BERNAMA