Santuni MADANI PAAB Forum Kesedaran Kelestarian

Isnin 08/06/2026

Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), akan menganjurkan Majlis Perasmian Program Santuni MADANI PAAB di Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai, Kelantan, sebahagian inisiatif PAAB di bawah Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) di Kuala Krai.

Pada majlis berkenaan, Pengerusi PAAB, Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa akan menyampaikan replika cek bernilai RM50,000 sumbangan Kelestarian PAAB kepada MRSM Kuala Krai untuk kerja naik taraf bekalan air di sekolah tersebut seperti ketetapan berikut: 

Hari/Tarikh: Rabu 10 Jun 2026 

Masa: 2.30 petang (cadangan ketibaan rakan media)

Tempat: Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai, Kelantan 

Atur Cara 


2.45 Tgh/hari : Ketibaan Pengarah MARA Negeri Kelantan,
YBrs. En. Zahrail Affenday bin Mohamed

Ketibaan Pengurus Besar AKSB,
YBrs. En. Azhar bin Hanafi 

Ketibaan CEO PAAB, 
YBrs. Ir. Zulkiflee Omar

Ketibaan Pengerusi PAAB,
YBhg. Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa

3.00 Tgh/hari : Persembahan 

3.10 Tgh/hari : Bacaan doa 

3.15 Tgh/hari : Ucapan Aluan YBrs. Tuan Haji Ismail Deraman,
Pengetua MRSM Kuala Krai

3.25 Tgh/hari : Ucapan YBhg. Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa, 
Pengerusi PAAB 

3.35 Tgh/hari : Forum Kesedaran Kelestarian 

Moderator: Tuan Haji Ismail Deraman, Pengetua MRSM Kuala Krai 

Ahli panel: YBhg. Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa Pengerusi PAAB

4.15  Tgh/hari : Lawatan tapak ke Taman Kelestarian PAAB

4.30  Tgh/hari : Minum petang

5.00 Petang : Majlis bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.  

SUMBER: Pengurusan Aset Air Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Aiman Ali
Tel: 019-9763573

--BERNAMA 
+