Majlis Graduasi SME Bank iTEKAD ISHRAF 4.0

Isnin 08/06/2026


Dengan sukacitanya, kami ingin menjemput rakan-rakan media ke Majlis Graduasi SME Bank iTEKAD ISHRAF 4.0 pada 11 Jun 2026 (Khamis), jam 11.30 pagi bertempat di Grand Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Majlis ini meraikan kejayaan para usahawan asnaf dari seluruh negara yang telah berjaya memperkukuh perniagaan melalui peningkatan jualan, penciptaan peluang pekerjaan, penggunaan teknologi dan peluasan pasaran menerusi program SME Bank iTEKAD ISHRAF. Diterajui oleh Bank Negara Malaysia di bawah inisiatif iTEKAD, program ini memperkasa usahawan asnaf melalui latihan, bimbingan dan sokongan modal permulaan bagi meningkatkan taraf ekonomi serta membantu mereka beralih daripada penerima zakat kepada pembayar zakat, sekali gus mencerminkan peranan kewangan sosial Islam dalam membina komuniti usahawan yang lebih berdaya tahan dan mampan.

YB SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) dan YB DATUK MOHAMAD ALAMIN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI sebagai tetamu kehormat.

Hari/Tarikh: Khamis 11 Jun 2026 

Masa: 11.30 Pagi

Tempat: Grand Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur


Atur Cara

11.30 Pagi: Pendaftaran & Ketibaan Media

12.00 Tengah Hari: Pembukaan oleh Pengacara Majlis

: Nyanyian Lagu Negaraku & Bacaan Ikrar & Bacaan Doa

: Persembahan Video Montaj ISHRAF

: Ucapan oleh Yang Berusaha Encik Zulkiflee Hashim Pengerusi, SME Bank

: Ucapan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

: Ucapan oleh YB Datuk Mohamad Alamin Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

: Penyampaian Penghargaan Kepada Rakan Strategik

: Penyampaian Penghargaan Kepada Majlis Agama Islam Negeri

: Penyampaian Hadiah Penghargaan Kepada Usahawan Terbaik

: Sesi Bergambar dan Sidang Media

: Jamuan makan tengah hari 

2.00 Petang: Bersurai

• Kod Pakaian: Formal / Batik

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.  

SUMBER: SME Bank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP, SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Nur Sakinah Rahmat
Tel: 019 478 0402 
E-mel: nursakinah@smebank.com.my

Nama: Cik Er U Dia Othman
Tel: 018 968 1997 
E-mel: erudia@smebank.com.my

--BERNAMA
+