Jumaat 19/06/2026
Dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2026.
Pada majlis tersebut, lebih 20 syarikat korporat akan membuat simbolik penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP bagi haul 2023, 2024 & 2025.
Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah Rosli, Pengerusi MAIWP, Datuk Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.
Butiran adalah seperti di bawah:
Hari/Tarikh: Isnin 22 Jun 2026 / 6 Muharam 1448H
Masa: 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603
Nama: Puan Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017-3935432
--BERNAMA