Majlis Pelancaran Kempen Jom Potong 2026 PPZ-MAIWP x AYAM GEPUK TOP GLOBAL

Isnin 29/06/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Jom Potong 2026 PPZ-MAIWP x AYAM GEPUK TOP GLOBAL.

Majlis akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ayam Gepuk Top Global, Encik Muhammad Annas Attoillah Mohd Fauzi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Tuan Haji Mohammed Hassan, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PPZ-MAIWP, Tuan Haji Azrin Dato' Haji Abdul Manan. 

Hari/Tarikh   : Rabu 1 Julai 2026

Masa             : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat          : Ayam Gepuk Top Global KLTS, Plaza KLTS, Setapak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur 

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.  

SUMBER:  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603

Nama: Fatin Aqilah Zulkefli 
Tel: 017-3935432

--BERNAMA
+