Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2026
Rakan-rakan media yang dihormati,
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) dengan kerjasama dan sokongan Kerajaan Negeri Selangor berbesar hati menjemput rakan-akan media untuk membuat liputan Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 7 Ogos 2026
Masa : 6.30 petang
Tempat : Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel
1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway
47500 Petaling Jaya, SelangorKlik di sini untuk
Program Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2026.
Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2026 diadakan bagi meraikan peserta daripada golongan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang telah berjaya menamatkan modul U-PLATS Siri Ketiga, salah satu program pembangunan usahawan di bawah inisiatif Platform Selangor (PLATS).
Untuk makluman, satu sidang media (press conference) akan diadakan pada jam 7.30 malam di Holding Room, yang terletak di aras yang sama dengan Grand Ballroom, sebelum majlis bermula. Rakan-rakan media adalah dijemput untuk menghadiri sesi tersebut
Kerjasama dan sokongan berterusan rakan-rakan media dalam membuat liputan serta menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor amatlah dihargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Muhammad Zulhilmi Zainol
E-mel: zulhilmi@mbiselangor.com.my
Nama: Puan Fadzrina Fadzul
E-mel: fadzrina@mbiselangor.com.my
--BERNAMA