MAJLIS PERASMIAN PENUTUP JELAJAH HALAL MALAYSIA 2026 - SABAH

Khamis 30/07/2026

Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan program Jelajah Halal Malaysia Sabah di Kota Kinabalu dari 31 Julai hingga 1 Ogos 2026.  

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran Halal kepada rakyat Sabah di samping menggalakkan penglibatan pemain industri Halal dari pelbagai sektor seperti Makanan dan Minuman, Bahan Ramuan serta Pelancongan. 

Acara Perasmian Jelajah Halal Malaysia 2026 - Sabah ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan Dan Pengangkutan Sabah dan turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, Pengerusi HDC seperti ketetapan berikut: 

Hari/Tarikh: Sabtu 1 Ogos 2026

Masa: 1:30 ptg (Pendaftaran)

Tempat: Kinabatangan Hall I, Aras 2, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah


Aturcara
 
1.30 ptg : 
Pendaftaran

2.00 ptg : Majlis Perasmian

Ketibaan YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah 

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Sabah (Sabah Tanah Airku) 
Bacaan Doa
Tayangan Video - Jelajah Halal Malaysia @ Kota Kinabalu, Sabah 

Ucapan Aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh Pengerusi, Halal Development Corporation (HDC)

Ucaptama ‘Majlis Perasmian Penutup Jelajah Halal Malaysia @ Kota Kinabalu, Sabah oleh
YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah 

Gimmick Pelancaran - Jelajah Halal Malaysia@Kota Kinabalu Sabah Penyampaian Cenderahati – Rakan Strategik Sidang 

4.00 ptg : Sidang Media

Tamat

MENGENAI HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)
Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu negara dan ekosistem Halal secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Juga sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); perbadanan pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati HDC di - www.hdcglobal.com.

Jemputan ini disediakan oleh
Halal Development Corporation Berhad (HDC) 


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian penutup tersebut.  

SUMBER: Halal Development Corporation Berhad (HDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norsida Ahmad
Perhubungan Awam & Media, HDC
Tel: +6012 324 9703
Emel: norsida.ahmad@hdcglobal.com

--BERNAMA
+