Rakan Media yang Dihormati,
Dengan segala hormatnya, pihak kami dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan media untuk hadir serta membuat liputan bagi majlis berikut:
MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA SMARTSEL SDN BHD DAN PG LINKARANFIBRE SDN BHD SERTA PENYEMPURNAAN PROJEK FIBERISASI-CYBERJAYA
Hari/Tarikh: Isnin 17 Ogos 2026
Masa: 1:00 tengah hari – 4:30 petang (Ketibaan media: 1:00 tengah hari)
Tempat: Concorde 1, Level 2, Concorde Hotel Shah Alam
Kod Pakaian: Business Casual
Majlis ini akan disempurnakan oleh
YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, dan turut dihadiri oleh
YBhg. Dato' Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, serta
YBrs. Encik Abdul Aziz Bin Othman, Pengerusi PG LinkaranFibre Sdn Bhd.
Sila klik di sini untuk
Program Bagi tujuan pendaftaran dan penyelarasan liputan media, mohon rakan-rakan media mengesahkan
kehadiran (RSVP) selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2026.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Muhammad Zulhilmi Zainol
E-mel: zulhilmi@mbiselangor.com.my--BERNAMA