Khamis 01/10/2026
Malaysian Timber Council (MTC) dengan sukacitanya menjemput pihak media untuk membuat liputan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Sustainable Wood DIY Contest 2026, yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.
Pertandingan ini merupakan edisi kedua anjuran MTC susulan penganjuran pertama pada tahun 2024. Sebanyak 149 penyertaan daripada Kategori Awam dan Kategori Pelajar telah diterima bagi edisi pertandingan tahun ini. Daripada jumlah tersebut, 20 hasil terbaik akan dipamerkan kepada orang ramai dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di IOI City Mall, Putrajaya.
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Rekayu Penang merupakan Rakan Strategik bagi MTC Sustainable Wood DIY Contest 2026, dengan sokongan dalam aspek akademik dan kepakaran kerja kayu bagi memperluas penglibatan pelajar, penggiat kreatif dan masyarakat umum.
Majlis Penyampaian Hadiah pertandingan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 4 Oktober 2026
Masa: 2.00 petang – 3.30 petang
Tempat: West Court, Aras Bawah, IOI City Mall, Putrajaya
Atur Cara Majlis
2.00 petang: Ketibaan Jemputan
2.30 petang: Ketibaan YB Menteri Perladangan dan Komoditi
- Lawatan Tetamu Kehormat ke ruang pameran:
• Pameran 20 hasil terbaik pertandingan MTC Sustainable Wood DIY Contest 2026
• Lawatan ke “The Origami”, arca pavilion kayu MTC yang memenangi Curated Booth Award 2026 di ARCHIDEX 2026
• Lawatan ke kios pameran yang mengetengahkan kayu sebagai sumber boleh diperbaharui serta menggalakkan penggunaan kayu secara kreatif, bertanggungjawab dan lestari.
2.50 petang: Majlis Penyampaian Hadiah
- Penyampaian tanda penghargaan kepada panel juri
- Kategori Awam
• Pemenang Hadiah Saguhati, Tempat ke-4 hingga ke-10
• Pemenang Tempat Ketiga
• Pemenang Tempat Kedua
• Pemenang Tempat Pertama
- Kategori Pelajar
• Pemenang Hadiah Saguhati, Tempat ke-4 hingga ke-10
• Pemenang Tempat Ketiga
• Pemenang Tempat Kedua
• Pemenang Tempat Pertama
- Sesi Fotografi
3.30 petang: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wakil-wakil media, wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Malaysian Timber Council (MTC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sharmila Velappu
Pemangku Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat
Malaysian Timber Council
Tel: 03-9286 9971
E-mel: sharm@mtc.com.my
Nama: Puan Nur Amira Faezah Mohd Shaofi
Eksekutif
Bahagian Komunikasi Korporat
Malaysian Timber Council
Tel: 03-9286 9978
E-mel: amira.faezah@mtc.com.my
--BERNAMA