Isnin 12/10/2026
Memperkukuh Keupayaan Malaysia Dalam Bidang Pembuatan Biosimilar dan Keterjaminan Makanan
VentureTECH Sdn. Bhd. (“VentureTECH”) berbesar hati menjemput pihak media untuk membuat liputan Majlis Pemeteraian Perjanjian Pelaburan VentureTECH, bersempena dengan pelaburan terbaharu VentureTECH dalam dua syarikat Bumiputera, iaitu Hanan Medicare Sdn. Bhd. dan AgriData Portal Sdn. Bhd., yang terlibat dalam dua bidang strategik negara, iaitu pembuatan biosimilar dan keterjaminan makanan.
Pelaburan ini mencerminkan komitmen berterusan VentureTECH dalam memperkukuh keupayaan syarikat tempatan, menyokong pembangunan syarikat Bumiputera berpotensi tinggi serta meningkatkan penyertaan Malaysia dalam industri high-growth, high-value (HGHV).
Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi, selaku Tetamu Kehormat, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan dalam membangunkan industri strategik, memperkukuh keupayaan domestik serta meningkatkan daya saing ekonomi negara untuk jangka panjang.
Butiran Majlis