Wakil-wakil media dijemput untuk membuat liputan Majlis Pelancaran Rasmi Selangor Advance 500 (SA 500) & NINE Super App seperti butiran berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 15 Oktober 2026
Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Tempat : Booth MBI Selangor, SC09 & SC10, Hall 1 & 2, Aras Bawah, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh
YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, bagi memperkenalkan Selangor Advance 500 (SA 500) dan NINE Super App.
Untuk makluman, pihak media perlu membuat pendaftaran sebagai pelawat bagi mendapatkan akses masuk ke dewan pameran.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Kehadiran dan liputan daripada rakan-rakan media amat dihargai dalam membantu menyebarluaskan inisiatif pendigitalan serta usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuh ekosistem digital negeri.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Aemizureen Kamarudin
E-mel: aemizureen@mbiselangor.com.my
--BERNAMA