Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat (YEZ) 2026

Selasa 10/11/2026


Dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat -  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat (YEZ) 2026.

Majlis akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Turut hadir, Pengerusi MAIWP, Datuk Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.
 
Hari/Tarikh : Rabu 11 November 2026 / 1 Jamadilakhir 1448H 
 
Masa : 11.30 pagi - 2.00 petang
 
Tempat : Immersify Kuala Lumpur
Ground Floor, The Labs City Centre
Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Program


11.30 pagi : Ketibaan tetamu

12.00 tengah hari : Ketibaan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
                               Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

: Nyanyian Lagu Negaraku

12.10 tengah hari : Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Tayangan Video AI Menteri

12.20 tengah hari : Ucapan & ‘YBM Talk’ oleh:
                               YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
                               Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

12.40 tengah hari : Gimik Pelancaran & Tayangan Video Montaj YEZ 2026

: Sesi Serahan Zakat Korporat MCPLUS bernilai RM1.2 Juta

: Sesi Bergambar

12.50 tengah hari : Makan Tengah Hari

2.00 petang : Majlis Tamat
 
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat -  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603 
Nama: Cik Nur Aliyah Mohamad Zaizi
Tel: 019-4229535

--BERNAMA
+