MAJLIS MESRA MAJIKAN 2026

Isnin 16/11/2026

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berbesar hati menjemput pihak media untuk membuat liputan Majlis Mesra Majikan 2026, bagi menghargai komitmen majikan sektor awam dan swasta dalam membudayakan zakat dan wakaf dalam kalangan warga kerja.

Majlis akan disempurnakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Turut hadir ialah Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam Haji Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 18 November 2026

Masa: 11.30 pagi – 1.30 petang

Tempat: Dewan Tun Dr Ismail, Aras 2, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) 


Antara pengisian utama ialah penyampaian 25 pengiktirafan menerusi Anugerah Khas Zakat, Anugerah Majikan Terbaik Zakat dan Anugerah Majikan Terbaik Wakaf, serta penyerahan sumbangan Skim Kafalah Muzakki kepada waris pembayar zakat.  

Atur cara 

11.30 pagi : Ketibaan tetamu

12.00 tengah hari : Ketibaan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP 

12.05 tengah hari : Nyanyian Lagu Negaraku 

: Aluan Pengacara Majlis 

: Bacaan Doa 

12.15 tengah hari : Ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP 

12.30 tengah hari : Penyampaian Anugerah:

• Majikan Terbaik Zakat
• Majikan Terbaik Wakaf

: Penyampaian Anugerah Khas Zakat

: Penyerahan Kafalah Muzakki

: Sesi Bergambar 

12.45 tengah hari : Jamuan Makan

1.30 petang : Majlis Tamat 

SUMBER: PPZ-MAIWP

UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN & MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Cik Nor Athirah Mohd Hanapiah
Tel: 013-4562603

Nama: Cik Nur Aliyah Mohamad Zaizi
Tel: 019-4229535

--BERNAMA 
+