MAJLIS PELANCARAN BIO-LINK: BUSINESS GROWTH ACCELERATION

Jumaat 20/11/2026

YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan merasmikan Majlis Pelancaran BioLink: Business Growth Acceleration pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 24 November 2026 

Masa: 10:30 pagi

Lokasi: Tingkat M1, Meliá Kuala Lumpur Hotel, 16, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Pakaian: Pakaian Pejabat


ATUR CARA

10.30 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media

11.00 pagi: Ketibaan YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

11.05 pagi: Negaraku

: Bacaan Doa

11.10 pagi: Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. En Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, Bioeconomy Corporation

11.15 pagi: Ucapan oleh YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

: Gimik Pelancaran Bio-Link

11.30 pagi: Penyampaian Sijil kepada:

• 3 Rakan Strategik HalalBio+
- Humaira Global Sdn Bhd
- Al Barakah Training Solution Sdn Bhd
- Dreams Machine Resources PLT

• 18 Syarikat Perintis HalalBio+

: Video HalalBio+

: Sesi Bergambar

11.45 pagi: Sidang Media

12.00 tengah hari: Jamuan Makan Tengah Hari 

Bio-Link: Business Growth Acceleration merupakan platform bersepadu oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) agensi di bawah MOSTI, dalam memperluas sokongan kepada syarikat bioteknologi dan berasaskan bio, merangkumi pembangunan produk, pengkomersialan dan akses pasaran. Majlis ini turut mengetengahkan HalalBio+, salah satu program baharu di bawah Bio-Link yang membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk meningkatkan kesiapsiagaan halal dan merebut potensi pasaran halal global. 

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Akmar Yusoff
Tel:  012-690 6108
E-mel: akmar.yusoff@bioeconomycorporation.my 

--BERNAMA

+