KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Sebagai salah satu usaha untuk memastikan pengoperasian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berada pada tahap yang optimum, HASiL ingin memaklumkan bahawa waktu operasi baharu bagi semua kaunter HASiL di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara mulai
15 Januari 2024 adalah seperti berikut:

Walau bagaimanapun, waktu operasi tersebut adalah tertakluk kepada perubahan di bawah bidang kuasa HASiL negeri bergantung kepada kehadiran pengunjung dari semasa ke semasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.
Para pelanggan turut digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan secara dalam talian sebagai alternatif bagi sebarang urusan percukaian berkaitan dengan HASiL melalui portal rasmi di
www.hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 04 Januari 2024
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA