GENERALI MALAYSIA MELANCARKAN ACARA LARIAN YANG PERTAMA UNTUK TUJUAN AMAL

Rabu 10/01/2024

Table
 
(dari kiri ke kanan) Dato' Dr Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia; Encik Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia; Cik Rebecca Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Life Insurance Malaysia Berhad; Puan Norzalina Masom, Pengurus Besar Yayasan PINTAR; Cik Yeo I-Peng, Ketua Pegawai Pemasaran Generali Insurance Malaysia Berhad dan Encik Lai Chong Haur, Setiausaha Kehormat Persatuan Pencinta Alam Malaysia merasmikan pelancaran Generali Malaysia Run 2024 di Ibu Pejabat Generali Malaysia di Kuala Lumpur.
 
 
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Generali Malaysia telah melancarkan Generali Malaysia Run 2024 untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat di samping berbakti kepada masyarakat. Acara larian sulung itu akan bermula di Dataran Putrajaya pada 19 Mei 2024.
 
Dengan tema “Run with A Purpose”, Generali Malaysia akan bekerjasama dengan 3 rakan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyokong 3 gerakan sosial yang penting dan sejajar dengan agenda kelestarian syarikat.

· Yayasan PINTAR untuk kanak-kanak
· Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk perlindungan alam sekitar
· Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia untuk kesedaran tentang kanser 

Dalam majlis menandatangani perjanjian dengan rakan NGO, Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Malaysia Berhad dan Ketua Entiti Generali di Malaysia menyatakan bahawa Generali Malaysia Run 2024 adalah selaras dengan janji jenama syarikat untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat. Acara ini menyokong peserta larian dalam usaha mereka untuk berlari demi kesihatan yang lebih baik dan pada masa yang sama memperjuangkan gerakan sosial yang dekat di hati mereka.
 
“Usaha berterusan rakan-rakan NGO kami dalam memperjuangkan gerakan amal mereka benar-benar memberikan inspirasi. Melalui Generali Malaysia Run 2024, kami berharap mewujudkan sebuah komuniti yang sentiasa bertindak serta menyertai rakan NGO kami dalam usaha mereka untuk membuat perubahan yang bermakna.  Kami ingin semua peserta larian bersatu demi tujuan amal, dan memperkasakan mereka supaya berlari untuk tujuan yang mereka yakini,” tambah Fabrice.
 
Generali Malaysia, bersama dengan semua peserta larian akan memberikan sumbangan kepada 3 rakan NGO tersebut. Peserta bukan sahaja boleh memilih satu daripada 3 kemeja-T larian yang berbeza untuk menyokong NGO dan gerakan yang mereka sukai, bahkan dapat mengetahui lebih lanjut tentang gerakan sosial tersebut melalui aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan semasa hari larian.

Pendaftaran untuk Generali Malaysia Run 2024 kini dibuka sehingga 17 Mei 2024, untuk 3 kategori larian secara fizikal dan maya.
 
Kategori Larian Fizikal di Dataran Putrajaya & Harga Paling Awal
21.1km Competitive Half Marathon (Lelaki & Wanita Terbuka; Lelaki & Wanita Veteran): RM55 bagi setiap peserta
12km Competitive Run (Terbuka Lelaki & Wanita): RM45 bagi setiap peserta
6km Fun Run (3 - 70 tahun) RM35 bagi setiap peserta
 
Kategori Larian Maya & Harga Awal
21.1km Competitive Half Marathon (Lelaki & Wanita Terbuka; Lelaki & Wanita Veteran): RM65 bagi setiap peserta
12km Competitive Run (Terbuka Lelaki & Wanita): RM55 bagi setiap peserta
6km Fun Run (3 – 70 tahun) RM45 bagi setiap peserta
 
Peserta yang mendaftar untuk larian fizikal akan menerima kelayakan larian yang terdiri daripada jersi acara Ultron dan bib perlumbaan (dengan cip masa untuk 12km dan 21.2km), dan setelah menamatkan larian, mereka akan menerima pingat penamat, e-sijil, jamuan ringan dan jersi penamat (untuk mereka yang menamatkan larian 21.1km). Pengambilan pek perlumbaan untuk peserta larian fizikal dijadualkan diadakan di Decathlon KLCC, dari 10 - 12 Mei 2024, 11 pagi - 6 petang. Setiap peserta yang mengambil pek mereka di kedai Decathlon akan menerima baucar wang tunai Decathlon yang bernilai RM10. Bagi peserta larian fizikal, pek mereka boleh dihantar dengan bayaran tambahan sebanyak RM9.99 (Semenanjung Malaysia) dan RM14.99 (Sabah dan Sarawak).
 
Peserta yang tidak dapat turut serta dalam larian fizikal boleh menyertai kategori Larian Maya dan berlari mengikut keselesaan mereka sendiri di mana-mana lokasi, dari 19 Mei 2024 – 19 Jun 2024. Mereka hanya perlu menyerahkan jarak dan masa mereka melalui aplikasi JomRun bagi mendapatkan jersi acara, pingat serta jersi penamat (untuk mereka yang menamatkan larian 21.1km).
 
Pendaftaran untuk Generali Malaysia Run 2024 kini dibuka di:
Larian Fizikal: https://www.jomrun.com/event/Generali-Malaysia-Run-2024
Larian Maya: https://www.jomrun.com/event/Generali-Run-2024-Virtual-Run
 
Peserta boleh mengikuti laman Facebook dan Instagram Generali Malaysia untuk perkembangan lanjut.
 
SUMBER : GENERALI MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Allison Lee
Tel : +6016 228 2916
E-mel: allison.lee@generali.com.my

Nama: Sheena Ho
Tel : +6012 309 1193
E-mel : sheena.ho@generali.com.my

Nama: Samantha David
Tel: +6016 314 1085
E-mel: samantha.david@generali.com.my 

--BERNAMA
+