KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan menamatkan penerimaan instrumen bayaran cukai secara manual (tunai, cek dan bank deraf) bagi semua bayaran cukai langsung di Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuching dan Kota Kinabalu bermula
01 Februari 2024.
Pelaksanaan ini terpakai bagi semua jenis terimaan bayaran
kecuali Bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan di PPTH Kuching.
Bermula 01 Februari 2024, pembayaran cukai langsung boleh terus dilaksanakan dengan menggunakan Nombor Bil atau Nombor Pengenalan Cukai/Tax Identification Number (TIN) sebagai rujukan bayaran menggunakan pelbagai medium bayaran seperti berikut:
Sila klik di siniMaklumat lanjut berkenaan perkhidmatan bayaran yang disediakan boleh dirujuk di portal rasmi HASiL menerusi langkah-langkah berikut:
• Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu > Bayaran atau;• Perkhidmatan > Syarikat > Pembayaran Cukai Syarikat > Kaedah Pembayaran Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaSumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
--BERNAMA