(Foto: Business Wire) Program Global Menawarkan Platform Tempahan, Diskaun, Ganjaran Kesetiaan yang Menyeluruh dan Alatan Pengurusan Program yang Lancar MCLEAN, Va., 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, Hilton memperkenalkan
Hilton untuk Perniagaan, program perjalanan digital baharu yang memperkasakan ahli profesional perusahaan kecil dan sederhana bagi memudahkan pengurusan perjalanan sambil meningkatkan ganjaran dan diskaun untuk kesetiaan mereka.
Program global itu menawarkan set alatan yang menyeluruh bagi meningkatkan tempahan perjalanan perniagaan dan pengalaman pengurusan, serta memberikan manfaat Hilton Honors kepada pelanggan perniagaan dan pekerja pelanggan tersebut di seluruh dunia.
Hilton untuk Perniagaan memenuhi keperluan yang semakin meningkat: Data Hilton mendedahkan 75 peratus pelanggan perusahaan kecil dan sederhana menempah perjalanan perniagaan dan menguruskan perjalanan masing-masing secara dalaman, tanpa menggunakan khidmat luaran. Manakala
Laporan Trend 2024 Hilton mengetengahkan bahawa 80% pengembara global bersetuju dengan kepentingan menempah keseluruhan perjalanan mereka diatas talian.
“Di Hilton, kami mendengar keperluan pelanggan kami dan kemudian melakukan inovasi untuk memberikan pengalaman hotel yang unggul bagi setiap pengaturan penginapan. Ini termasuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana kami yang telah mencari platform perjalanan dan manfaat kesetiaan bagi memenuhi keperluan unik masing-masing dan mengurangkan titik geseran, daripada penempahan kepada pengebilan,” kata Chris Silcock, presiden Jenama Global dan Perkhidmatan Komersial, Hilton. “Kami amat teruja melancarkan Hilton untuk Perniagaan secara rasmi pada hari ini sebagai penyelesaian strategik kami yang bertujuan memperkaya pengalaman perjalanan perniagaan untuk pelanggan dan pekerja masing-masing.”
Kini, perusaha kecil dan sederhana dapat merasai pengalaman perjalanan perniagaan yang lebih lancar dan dipacu nilai dengan melibatkan diri bersama Hilton untuk Perniagaan melalui cara berikut:
Diskaun Seluruh PortfolioPerusahaan kecil dan sederhana yang menyertai Hilton untuk Perniagaan memperoleh akses kepada kadar yang diberikan diskaun merentasi portfolio global Hilton sebanyak 7,400 hartanah di laman web dan dalam aplikasi Hilton Honors.
Ganjaran Perjalanan untuk Perusahaan Kecil dan PekerjaMelalui program ini, syarikat akan memperoleh bonus dengan program kesetiaan Hilton yang telah meraih anugerah, iaitu
Hilton Honors. Ini termasuk:
Suai Tugas PantasApabila mengunjungi
Hilton.com/HiltonforBusiness, pemilik atau pentadbir perjalanan perusahaan kecil dan sederhana boleh mendaftarkan diri mereka dan syarikat mereka, melalui akaun Hilton Honors mereka sendiri, bagi memperoleh akses kepada sistem tempahan dan pengurusan perjalanan layan diri yang menyeluruh dan mudah digunakan. Memahami kekecewaan yang dialami ramai pelanggan berkenaan proses pendaftaran yang panjang dan rumit, pendaftaran Hilton untuk Perniagaan dibina bagi membolehkan proses pendaftaran dan pengesahan dilakukan secara pantas. Sebaik sahaja didaftarkan, pelanggan dan pekerja perniagaan akan memperoleh akses kepada laman web tempahan dan manfaat menarik yang lain. Pada peringkat itu, pengembara individu juga akan dapat mencipta profil perjalanan peribadi dan perniagaan secara berasingan dalam akaun Hilton Honors mereka sendiri, membolehkan pembezaan dan pengurusan yang lancar antara kedua-dua profil.
Pengurusan Program yang LancarSelain membolehkan mana-mana pengembara di sesebuah syarikat menempah kadar yang diberikan diskaun dengan mudah, pemilik perniagaan mengawal pengurusan program sepenuhnya dan boleh mewakilkan pengurusan tersebut kepada seberapa ramai pentadbir. Dan penambahan bilangan pekerja menjadi pantas – lebih ramai pekerja dimasukkan ke dalam program, maka lebih banyak manfaat yang diperoleh syarikat. Perniagaan boleh menjejaki perbelanjaan masing-masing yang akan datang, menyemak sejarah perbelanjaan dan memahami manfaat yang terkumpul apabila melakukan perjalanan.
Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, kunjungi
Hilton.com/HiltonforBusiness.
Maklumat Tentang HiltonHilton (NYSE: HLT) ialah syarikat hospitaliti global terkemuka dengan
portfolio 22 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada hampir 7,400 hartanah dan lebih daripada 1.1 juta bilik, di 124 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi visi penubuhan syarikat bagi menceriakan bumi ini dengan cahaya dan kemesraan layanan yang baik, Hilton telah mengalu-alukan kedatangan lebih daripada 3 bilion tetamu dalam sejarah perkhidmatan lebih 100 tahun, memperoleh tempat teratas dalam senarai 100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja Fortune dan telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam Indeks Kelestarian Dow Jones selama enam tahun berturut-turut. Hilton telah memperkenalkan beberapa peningkatan teknologi terunggul dalam industri bagi menambah baik pengalaman tetamu, termasuk Perkongsian Kunci Digital, naik taraf bilik percuma secara automatik dan keupayaan menempah bilik bersambung yang disahkan. Melalui program kesetiaan Hilton Honors yang telah meraih anugerah ini, lebih 173 juta ahli yang menempah secara langsung dengan Hilton boleh memperoleh Mata untuk penginapan hotel dan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Dengan menggunakan
aplikasi Hilton Honors yang percuma, tetamu boleh menempah penginapan mereka, memilih bilik mereka, mendaftar masuk, membuka kunci pintu bilik mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, semuanya dari telefon pintar mereka. Kunjungi
stories.hilton.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton di
Facebook,
Twitter,
LinkedIn,
Instagram dan
YouTube.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53876389/en Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk DihubungiColleen Hart
Komunikasi Korporat Global
Colleen.Hart@hilton.comSumber: Hilton
--BERNAMA