Encik Ruslan bin Othman, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Audit HASiL Pahang (dua dari kiri), YB Tuan Sim Chon Siang, EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang (dua dari kanan), Puan Roszita binti Ismail, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan HASiL Pahang (satu dari kiri) dan Encik Siew Fook Chan (satu dari kanan), Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang bergambar bagi sesi perasmian program.
KUANTAN, 22 Jan (Bernama) -- Sebagai salah satu daripada usaha untuk meningkatkan kadar pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat, satu program Taklimat Khas: PKPS 2.0 dan e-invois telah dilaksanakan bertempat di Menara HASiL, Kuantan. Program ini merupakan kolaborasi antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Pahang dan Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang (PPPGP) yang telah menerima penyertaan hampir seramai 150 orang peserta.
Objektif program ini adalah untuk perkongsian maklumat berkenaan PKPS 2.0 dan pelaksanaan e-invois secara mandatori bermula 1 Ogos 2024. Pelaksanaan e-invois ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembayar cukai terutama dalam menjimatkan masa dan penggunaan sumber untuk menguruskan invois serta mengurangkan beban kepada pemilik-pemilik perniagaan kecil dan sederhana. HASiL turut mengambil peluang dalam program yang dilaksanakan ini untuk menjemput semua pembayar cukai dan ahli PPPGP untuk bersama-sama menjayakan PKPS 2.0 yang sedang berlangsung.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Ruslan bin Othman, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Audit HASiL Pahang, Puan Roszita binti Ismail, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Khidmat Pelanggan HASiL Pahang, YB Tuan Sim Chon Siang, EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang dan Encik Siew Fook Chan, Presiden Persatuan Perdagangan dan Pelaburan Guangxi Pahang.
Sebagai maklumat tambahan, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan e-invois dengan merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang telah dikemas kini dari masa ke masa mengikut kategori industri seperti yang berikut menerusi pautan
https://www.hasil.gov.my/e-invois/soalan-lazim-industri-spesifik/:
· Penjagaan kesihatan
· Pembinaan
· Telekomunikasi
· E-Dagang
· Operasi Petroleum
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
(Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ Dikeluarkan Oleh:Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTarikh: 20 Januari 2024Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA