Kerjasama Berinovatif dan Pembinaan Komuniti Berlangsung di Pejabat Xsolla di Kuala LumpurKUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla Curine Academy dan
Unreal Engine baru-baru ini memuktamadkan Perjumpaan Unreal Engine di KL pada Bulan Disember, sebagai perhimpunan bulanan. Acara itu berlangsung dalam ruang kerja berinovatif
Xsolla, menawarkan suasana unik untuk kerjasama, pertukaran pengetahuan dan pembinaan komuniti.
Perjumpaan Unreal Engine di KL mencapai matlamat bagi memupuk kerjasama dalam kalangan individu yang mempunyai minat bersama untuk teknologi Unreal Engine. Keterangkuman acara tersebut mengalu-alukan pembangun daripada semua peringkat, mewujudkan persekitaran dinamik yang memenuhi keperluan orang baharu dan pakar berpengalaman.
Para hadirin melibatkan diri dengan penuh semangat dalam perbincangan terbuka, berkongsi pandangan tentang alatan, teknik pembangunan dan kemajuan terkini dalam Unreal Engine. Acara ini berfungsi sebagai platform untuk ahli komuniti menyatakan penemuan baru-baru kini, membincangkan ciri daripada keluaran terkini dan mendapatkan nasihat untuk bermula. Melangkaui perkongsian pengetahuan, perjumpaan itu berjaya memudahkan peluang rangkaian, menghubungkan peminat tempatan dan menjalinkan rasa setiakawan.
Kemuncak acara itu ialah pembentangan oleh penceramah
Dean Reinhard (
Epic Games),
Steven Fong (
Circle Studio) dan
Fong Jian Ping (
Ammobox Studio), memberikan penerangan mengenai aspek utama Unreal Engine dan pembangunan permainan. Di samping itu, peserta berpeluang untuk bertanya dan berbincang mengenai projek dengan penceramah.
Perjumpaan Unreal Engine di KL, kejayaan yang memberangsangkan, mempamerkan malam yang dipenuhi dengan pertukaran pengetahuan, kerjasama dan pembinaan komuniti. Xsolla Curine Academy dan Unreal Engine mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, dengan menekankan mengenai sumbangan berharga yang dibuat ke arah pertumbuhan komuniti Unreal di Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut tentang Akademi Xsolla Curine, sila kunjungi:
www.xcdev.comMedia Sosial:https://www.instagram.com/xsollacurineacademy https://www.facebook.com/profile.php?id=100093294957900https://discord.com/invite/HyhhthpcEV https://www.linkedin.com/company/97435857/admin/feed/posts/Maklumat Tentang Xsolla Curine AcademyXsolla Curine Academy, anak syarikat Xsolla, berdedikasi memupuk kreativiti dan inovasi dalam industri permainan melalui acara, perkongsian dan pembinaan komuniti.
Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi:
xcdev.comMaklumat Tentang XsollaXsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri permainan video. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Ubisoft, Epic Games, Take-Two, KRAFTON , Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.
Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi:
xsolla.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Hubungan MediaDerrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com Sumber: Xsolla
--BERNAMA