PowerSchool membawa potensi transformasi AI ke dalam pendidikan K-12 melalui penyepaduan model AI merentas produk dan platform datanya dengan pengenalan PowerBuddy, iaitu pembantu berkuasa AI generatifFOLSOM, Calif., 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PowerSchool (NYSE: PWSC), penyedia peneraju perisian berasaskan awan untuk pendidikan K-12 di Amerika Utara, telah mengumumkan evolusi AI platformnya yang terkini hari ini dengan pelancaran PowerSchool PowerBuddy™, iaitu sebuah pembantu berkuasa AI untuk semua warga pendidikan.
Ekosistem AI PowerSchool diasaskan dengan prinsip
AI yang Bertanggungjawab yang memberikan kelebihan secara unik kepada semua pihak berkepentingan yang membentuk asas dalam perjalanan pendidikan seorang pelajar. Dengan PowerBuddy mereka sendiri, setiap pelajar, ibu bapa, pendidik, kaunselor dan pentadbir akan mempunyai akses yang selamat dan terjamin kepada bimbingan, maklumat dan sumber terperibadi di hujung jari mereka, yang dapat membantu pelajar mendapat sokongan sosial, emosi dan akademik yang paling optimum dengan cara yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Berbeza daripada tawaran AI satu kali yang lain, ekosistem AI menyeluruh PowerSchool telah direka dengan tujuan untuk “
menghubungkan AI dengan data.” Pendekatan unik ini memegang piawai privasi, etika dan keselamatan yang kukuh bagi menetapkan kaedah moden pelaksanaan AI yang bertanggungjawab dan inovatif dalam bidang pendidikan.
PowerBuddy merupakan pembantu AI Perbualan khusus peranan yang sedang diuji sekarang dan akan tersedia untuk tahun persekolahan 2024-2025 untuk menyokong kemajuan pembelajaran pelajar di dalam dan di luar bilik darjah.
PowerBuddy akan disepadukan ke dalam
Schoology Learning pada mulanya yang menawarkan bantuan atas permintaan yang bersifat satu ke satu dalam tugasan dan laluan tersuai mereka, yang mengubah cara pembelajaran biasa kepada pengalaman yang imersif dan menarik perhatian. Guru akan dapat menggunakan PowerBuddy untuk membuat pelan pelajaran, mengautomatikkan penciptaan kuiz dan tugasan dalam
Performance Matters, dan menyesuaikan kerja sekolah mengikut skala, yang menjimatkan masa guru untuk berfokus pada perkara yang paling penting – interaksi dengan pelajar. Selain itu, PowerBuddy akan menawarkan bimbingan kolej dan kerjaya yang terperibadi melalui
Naviance CCLR untuk kaunselor dan juga pelajar. Ibu bapa boleh menggunakan PowerBuddy dalam
My PowerSchool untuk mengetahui tentang prestasi akademik anak mereka dan maklumat lain yang berkaitan. Mereka akan mendapat amaran proaktif jika anak mereka ketinggalan dalam pelajaran, yang meningkatkan pemantauan dan membolehkan ibu bapa mengambil bahagian dalam pendidikan anak mereka. Tambahan lagi, PowerBuddy akan menawarkan sumber pembelajaran akademik dan sosio-emosi yang tersuai dan diluluskan oleh wilayah daripada
ContentNav untuk menyediakan bantuan kepada mereka secara aktif dalam pembelajaran anak mereka. Bukan itu sahaja, pentadbir juga boleh bertanya soalan bahasa sejadi tentang data mereka dalam
Analytics & Insights dan
PowerSchool SIS untuk benar-benar menggunakan maklumat dalam proses pembuatan keputusan. PowerBuddy dijangka akan dikembangkan selanjutnya ke dalam seluruh ekosistem PowerSchool. PowerBuddy dirancang untuk dapat digunakan dalam semua sistem dan akan disepadukan dengan kebanyakan alat teknologi pendidikan, termasuk produk bukan PowerSchool.
"Hari ini menandakan permulaan yang baik dalam realisasi pendidikan terperibadi – pencapaian yang sukar dijangkau sebelum ini, sehinggalah sekarang," kata Shivani Stumpf, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi di PowerSchool. “Selain daripada menyokong para ibu bapa, guru, dan pendidik, PowerBuddy membantu setiap pelajar memupuk minat untuk belajar, didorong oleh reka bentuk yang berciri selamat, menyediakan sokongan dan memberikan ilham serta pengalaman terperibadi dengan menggunakan AI.”
Keupayaan AI PowerSchool yang Unggul untuk Ekosistem Pendidikan:·
Ciri Keselamatan dalam Reka bentuk Seperti semua AI yang dilaksanakan merentas platform PowerSchool, PowerBuddy dibangunkan menggunakan prinsip AI yang bertanggungjawab dan diperhaluskan khususnya untuk pendidikan K-12. Berbeza dengan syarikat lain yang mengkehendaki wilayah untuk berkongsi data mereka, PowerSchool
menghubungkan AI kepada data wilayah, lalu mengelakkan kesulitan penyelesaian lain yang memerlukan pengalihan data kepada aplikasi AI. Hal ini memberikan tahap keselamatan yang unggul untuk melindungi maklumat pelajar.
·
Penyepaduan yang Lancar: Berbeza dengan aplikasi kendiri yang lain, AI PowerSchool disepadukan ke dalam produk yang digunakan oleh pendidik, pelajar dan ibu bapa supaya mereka tidak perlu belajar sistem baharu sedangkan para pendidik sudah mempunyai banyak tugasan.
·
Pemperibadian yang Tiada Bandingan: AI ini akan disepadukan ke dalam produk PowerSchool, yang digunakan secara luas oleh berjuta-juta pelajar dan pendidik setiap hari. Penyepaduan ini memastikan pengguna mendapat manfaat daripada sokongan terperibadi yang didorong oleh pandangan holistik yang menyeluruh terhadap data pelajar dan pendidik, hasil terbitan daripada set produk tersepadu PowerSchool, yang berbeza daripada penyelesaian AI kendiri satu kali yang lain. Tambahan lagi, syarikat mengoptimumkan Platform Data K-12, yang mengiktiraf bahawa keberkesanan AI bergantung pada data yang lengkap. Platform ini memainkan peranan yang penting apabila menguraikan repositori data, yang menyediakan keupayaan yang bersifat terbina atas tujuan dan khusus pendidikan bagi meningkatkan fungsi keseluruhan sistem AI.
·
Penyampaian mengikut Skala: Berlainan daripada produk lain dalam pasaran, PowerSchool memiliki keupayaan yang terbukti untuk menyokong wilayah berbeza-beza saiz dengan pengetahuan mendalam tentang ekosistem pendidikan, termasuk keperluan tahap negeri, kawasan dan wilayah, yang semuanya dilindungi dengan kaedah keselamatan dan protokol privasi data yang canggih dalam industri tersebut.
·
Dapat Digunakan Dalam Semua Sistem: Wilayah boleh mengoptimumkan semua data daripada alat teknologi yang sudah digunakan oleh mereka untuk mendapat cerapan dan sokongan terperibadi yang paling tepat dan holistik.
"Dengan visi PowerSchool untuk mengoptimumkan keupayaan AI bagi mengubah data menjadi matlamat yang boleh diambil tindakan yang membantu mencapai hasil pembelajaran pelajar yang lebih baik, harapan kami terhadap perjalanan masa depan adalah amat tinggi," kata Dr. Joseph Nettikaden, Ketua Pegawai Maklumat di Esol Education, UAE.
“PowerSchool sedang mengubah pendidikan mengikut skala global dengan mengoptimumkan AI yang direka khusus untuk pendidikan K-12 bagi memperkasakan guru dan kakitangan kami untuk mengubah hidup dengan membantu anak-anak muda membina jalan masa depan mereka," kata Fr. Jose Alarico Carvalho, Pengarah Father Agnel School di India. "Pembantu berkuasa AI ini akan mencergaskan pembelajaran, dan memupuk kerjasama dan keberkesanan dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Sekolah kami sentiasa menerajui perubahan, dan saya gembira dapat bekerjasama dengan PowerSchool dalam perjalanan transformatif ini."
Perihal PowerSchoolPowerSchool (NYSE: PWSC) merupakan penyedia peneraju perisian berasaskan awan untuk pendidikan K-12 di Amerika Utara. Misinya adalah untuk memperkasakan pendidik, pentadbir dan ahli keluarga bagi memastikan pendidikan terperibadi tersedia untuk setiap perjalanan pelajar. PowerSchool menawarkan awan produk hujung ke hujung yang menyambungkan pejabat pusat kepada bilik darjah dan rumah dengan produk yang memenangi anugerah termasuk Schoology Learning dan Naviance CCLR, supaya wilayah sekolah boleh selamat menguruskan data pelajar, pendaftaran, kehadiran, gred, arahan, penilaian, sumber manusia, bakat, pembangunan profesional, pendidikan khas, analitis dan cerapan data, komunikasi, dan ketersediaan untuk kemasukan kolej dan kerjaya. PowerSchool menyokong lebih 50 juta pelajar di lebih 90 negara dan lebih 16,000 pelanggan, termasuk lebih 90 daripada 100 wilayah teratas mengikut pendaftaran pelajar di Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di
www.powerschool.com.
© PowerSchool. PowerSchool dan tanda PowerSchool yang lain ialah tanda dagangan PowerSchool Holdings, Inc. atau subsidiarinya. Nama dan jenama lain mungkin dituntut sebagai harta syarikat lain.
Perhubungan
WE Communications untuk PowerSchool
WE-PowerSchool@we-worldwide.com(503) 443-7155
Sumber: PowerSchool Holdings, Inc.
--BERNAMA