PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT HASIL 'SANTUNI WARGA EMAS'

Selasa 30/01/2024

KOTA BHARU, 30 Jan (Bernama) -- Lembaran Takwim 2024 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah dimulakan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Santuni Warga Emas’ yang berlangsung di Rumah Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan.
 
Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) dan turut dihadiri oleh Encik Nor Azlin bin Che Kamarudin, Timbalan Penguasa Rumah Seri Kenangan, Encik Zaini bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Tuan Haji Wan Roslan bin Wan Ismail, Pengarah Negeri HASiL Kelantan serta barisan pegawai kanan HASiL.
 
Dalam program ini, HASiL telah menyerahkan sumbangan yang bakal dimanfaatkan oleh 83 orang penghuni Rumah Kenangan Taman Kemumin seperti yang berikut:
 
i. 3 buah Mesin Basuh Semi Auto
ii. 5 unit kipas siling
iii. 5 unit kipas berdiri
iv. 5 buah kerusi malas  
v. 45 unit Hygiene Kits

HASiL turut mengambil peluang menyerahkan replika mock cheque berjumlah RM10,000 kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan bagi pembinaan Masjid Ibadur Rasheed.
 
Menerusi usaha murni ini, HASiL berharap agar semangat kebersamaan dan kesepaduan dapat dizahirkan seterusnya menyemarakkan rasa kasih sayang dalam masyarakat seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA
+