TSUNO GROUP BERJAYA MEMBANGUNKAN DAN MEMOHON PATEN UNTUK FORMULASI STABIL DENGAN DOS ASID FERULIK YANG TINGGI, BAHAN SEMULA JADI YANG JARANG DITEMUI BERASAL DARIPADA TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI FUNGSI MENYERAP UV.

Jumaat 02/02/2024

WAKAYAMA, Jepun, 2  Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tsuno Group Co., Ltd., yang beribu pejabat di Katsuragi-cho, Ito-gun, Wakayama dan dipimpin oleh Presiden: Fumi Tsuno dan Matsumoto Trading Co., Ltd., yang beribu pejabat di Chuo-ku, Tokyo, bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Shunsuke Matsumoto telah berjaya membangunkan formulasi pelindung matahari baharu dengan Asid Ferulik. Asid Ferulik ialah penyerap UV semula jadi berasal daripada tumbuhan yang jarang ditemui, serta sukar dalam kestabilan dan keterlarutan pada kepekatan asid ferulik yang tinggi.

Untuk asid ferulik

Tsuno Group ialah syarikat pertama di dunia yang berjaya menghasilkan sejumlah besar asid ferulik, polifenol, daripada dedak padi. Asid Ferulik mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan telah diiktiraf kerana berpotensi mencegah penyakit Alzheimer, diabetes melitus dan kolesterol tinggi. Asid ini juga boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan vanillin semula jadi, perisa vanila. Dalam kosmetik, asid ini merencat penghasilan melanin dengan menyekat aktiviti tirosinase dan mempunyai sifat antiradang, antimikrob dan antioksidan. Oleh itu, asid ferulik ini telah digunakan sebagai bahan aktif dalam pelbagai produk kosmetik.

“Kami, sebagai syarikat terkemuka dalam kimia padi & dedak di dunia, telah membangunkan beberapa produk fungsian dengan usaha gigih melalui teknologi pengumpulan, juga telah menyelidik tahap selamat dan kesan bahan tersebut untuk diterima baik dalam industri farmasi, makanan, bahan makanan dan kosmetik. Kini kami telah melancarkan teknologi menggunakan asid ferulik daripada dedak padi sebagai antioksidan semula jadi dan penyerap UV, yang merupakan inovasi pertama di dunia. Kami yakin bahawa anda akan mendapati produk ini sebagai unik dan berimpak dalam usaha menyumbang bukan sahaja kepada kesihatan dan kecantikan manusia tetapi kepada ekonomi kitaran untuk dunia.” —— Fumi Tsuno, Presiden Tsuno Group Co., Ltd.

Kesan penyerapan UV asid ferulik

Etilheksil metoksikinamat (EHMC), penapis UV petrokimia, yang paling banyak digunakan dalam penggunaan pelindung matahari. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini telah menunjukkan impak negatif penapis tersebut terhadap persekitaran akuatik, termasuk pemutihan karang. Asid Ferulik, bahan pelindung matahari yang diperoleh secara semula jadi daripada beras, menyerap sinaran UV dalam julat spektrum yang sama seperti oktil metoksikinamat (OMC). Ciri yang memberangsangkan ini menjadikan asid ini sebagai bahan alternatif mesra alam yang berpotensi untuk EHMC. Di tengah-tengah kebimbangan global yang semakin meningkat tentang kelestarian alam sekitar, potensi asid ferulik sebagai bahan pelindung matahari semula jadi dan berkesan berkemungkinan memperoleh pengiktirafan yang lebih tinggi. Asid ferulik ini mempunyai potensi besar untuk penggunaan dalam pelbagai produk kosmetik di seluruh Jepun.

Pembangunan formulasi kestabilan tinggi produk penjagaan UV dengan kepekatan Asid Ferulik yang tinggi

Memperoleh pengiktirafan untuk sifat penyerap UV, asid ferulik, bahan semula jadi yang jarang ditemui berasal daripada tumbuhan, memberikan cabaran dalam keterlarutan dan kestabilan pada kepekatan tinggi untuk formulasi pelindung matahari. Untuk mengatasi halangan ini, Matsumoto Trading telah mendedikasikan penyelidikan dan pembangunan, merintis teknologi berinovatif yang menggunakan kepekatan asid ferulik yang tinggi dalam formulasi batang pepejal. Formulasi baharu ini telah dibangunkan dengan SPF50+ dan PA++ (in vitro) yang mengandungi hanya asid ferulik, penyerap UV semula jadi yang diekstrak daripada dedak padi. Formulasi unik ini menghilangkan keperluan untuk bahan pelindung UV lain yang biasa digunakan, sambil mengekalkan keberkesanan perlindungan matahari yang tinggi. Paten masih sedang diproses.

Maklumat Tentang Tsuno Rice Fine Chemicals Co., Ltd.

Tsuno Rice Fine Chemicals membuat pelbagai bahan daripada produk sampingan yang dihasilkan dalam proses penapisan minyak dedak padi dan produk ini boleh digunakan untuk farmaseutikal, kosmetik, makanan fungsian, bahan tambah makanan, stok suapan dan bahan kimia industri. Selain itu, kami juga terlibat dalam pembuatan kosmetik di bawah jenama kami sendiri yang menggabungkan bahan ini.

Profil Perniagaan Tsuno Group Co., Ltd.

Kami sedang menggalakkan penggunaan dedak padi yang canggih dan berkesan, simbol kesihatan dan kecantikan yang telah popular sejak zaman dahulu kala. Kami juga sedang membangunkan tiga perniagaan: Perniagaan Pengeluaran Minyak Dedak Padi, Perniagaan Bahan Kimia Halus dan Perniagaan Bahan Kimia Oleo.

Ditubuhkan: 1 Februari 1947
Wakil Pengarah dan Presiden Fumi Tsuno
URL : https://www.tsuno.co.jp/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Jabatan Bahan Kimia Halus
Tsuno Group Co., Ltd.
Mayu Aizawa
+81-739-22-8000
boeki@tsuno.co.jp
 
Sumber: TSUNO GROUP CO., LTD.

--BERNAMA

+