Penganugerahan kontrak itu berikutan pelulusan Akta Cip Eropah pada bulan September bertujuan memperkukuh daya saing dan daya tahan dalam semikonduktorBOSTON, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, pada hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat yang
baru-baru ini diambil alih,
H+E Group, telah dianugerahkan kontrak baharu untuk merekabentuk dan membina loji air ultratulen (UPW) .Projek ini dianugerahkan daripada salah satu pembuat semikonduktor terbesar di dunia. Projek ini merupakan sebahagian besar daripada tunggakan projek pesanan yang ditandatangani oleh H+E dan dianggarkan berjumlah kira-kira $120 juta.Jumlah ini menunjukkan matlamat transformasi Akta Cip Eropah bagi mengukukkan daya tahan dan memacu peralihan digital dan hijau.
Kemudahan baharu itu terletak di Jerman, tempat industri semikonduktor menjadi penting untuk integrasi dengan sektor pembuatan dan automotif termaju. Negara tersebut memainkan peranan penting dalam usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memperkukuh kedudukannya dalam pasaran semikonduktor global. Suruhanjaya Eropah telah menyatakan objektif untuk mencapai 20 peratus pengeluaran semikonduktor global di rantau ini menjelang 2030. Akta Cip Eropah adalah lonjakan penting dalam membolehkan kerjasama antara H+E dan pelanggan semikonduktor itu.
Fab baharu itu akan menjadi satu daripada kemudahan pembuatan semikonduktor paling maju dan mampan di Eropah. Ia juga akan memberikan perkhidmatan kepada tenaga boleh baharu, pusat data dan pasaran kenderaan elektrik. UPW yang dihasilkan oleh kemudahan baharu itu akan memainkan peranan kritikal dalam proses pembuatan cip semikonduktor,bagi memastikan kualiti dan keandalan tertinggi.
“Memandangkan permintaan semakin meningkat, dasar yang menyokong dan pelaburan swasta memacu pertumbuhan semikonduktor di Kesatuan Eropah (EU) dan di seluruh dunia, pembuat cip terkemuka melihat inovasi air sebagai cara memastikan daya tahan operasi jangka panjang bagi mencapai matlamat kelestarian,” kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. “Kontrak ini menunjukkan reputasi H+E untuk kecemerlangan dalam rawatan air dan kekuatan portfolio termaju Gradiant dalam menyampaikan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan kami. Perkongsian kami dengan H+E sudah membuahkan hasil yang positif dengan usaha utama yang ketara ini di Eropah."
“Perkongsian pelanggan kami dengan H+E, disokong oleh kepakaran teknologi Gradiant, menegaskan dedikasi kami terhadap kelestarian dan inovasi rintisan,” kata Philipp Sausele, Pengarah Urusan H+E Group. "Kemudahan UPW baharu kami akan memenuhi tuntutan keandalan operasi dan standard kecekapan pelanggan untuk memaksimumkan hasil. Semasa industri ini semakin berkembang, inovasi dalam UPW, pengitaran semula air dan rawatan air buangan akan memainkan peranan penting dalam memberikan kelebihan daya saing kepada pelanggan kami. Bersama Gradiant, kami berada pada kedudukan sebagai penyedia penyelesaian air terkemuka untuk industri semikonduktor Eropah.”
Kontrak ini menandakan pencapaian penting untuk H+E, Gradiant dan industri semikonduktor Eropah. Projek itu dijangka akan dimulakan secepat mungkin dengan tarikh sasaran siap ialah pada tahun 2025.
Maklumat Tentang GradiantGradiant ialah Syarikat Air yang berbeza. Bersama rangkaian lengkap penyelesaian menyeluruh untuk rawatan air dan air buangan lanjutan yang berbeza dan proprietari, dikuasakan oleh individu terkemuka dalam bidang air, syarikat menjalankan operasi kritikal misi pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan air buangan yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 1000 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di
gradiant.com.
Maklumat Tentang H+E GroupBerpangkalan di Stuttgart Jerman, selama lebih 100 tahun, H+E Group ialah peneraju global dalam rawatan air industri, rawatan air buangan dan tebus guna air. H+E Group telah menyampaikan 30,000 projek dalam air industri dan disokong oleh rangkaian pejabat global di seluruh Eropah dan Asia. Syarikat merentasi pelbagai industri di seluruh dunia mempercayai H+E untuk penyelesaian air kritikal kumpulan itu. Ketahui lebih lanjut di
he-water.group.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53881865/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Felix Wang
Naib Presiden Pemasaran, Gradiant
fwang@gradiant.comSumber: Gradiant
--BERNAMA