MILAN, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zextras, peneraju dalam pembangunan penyelesaian e-mel inovatif, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Carbonio Community Edition (CE), yang merupakan sebuah platform tempat kerja digital terkini dan sepenuhnya sumber terbuka yang direka khas untuk membolehkan organisasi menjalankan persekitaran kerjasama mereka sendiri bagi meningkatkan privasi dan kawalan. Carbonio CE menawarkan privasi yang tiada tandingannya bagi perniagaan yang mencari
alternatif yang kukuh kepada Memudahkan persekitaran yang selaras supaya ahli pasukan boleh berhubung dan bekerjasama dari mana-mana lokasi dengan mudah, sama ada melalui
klien web atau
peranti mudah alih. Keutamaan privasi dan keselamatan terdapat dalam reka bentuk Carbonio CE, ini bagi memastikan data yang bersifat sensitif dikekalkan sebagai rahsia dan dilindungi daripada akses yang tidak dibenarkan.
Penyelesaian Bertaraf PerusahaanZextras telah memanfaatkan kekuatan teknologi sumber terbuka, menawarkan kepada perniagaan daripada pelbagai saiz satu penyelesaian peringkat perusahaan tanpa kos peringkat perusahaan. Seni bina yang berskala Carbonio CE memastikan bahawa ia dapat dengan mudah menyesuaikan diri dengan keperluan yang berkembang dalam organisasi, menjadikannya sesuai untuk perniagaan kecil hingga sederhana (SMB).
Selain daripada ciri-ciri yang tersedia secara semula jadi, Carbonio CE diperkukuh oleh kepakaran yang diiktiraf Zextras dalam penyelesaian e-mel dan sistem kolaborasi. Penawaran baharu ini dijangka akan merubah cara perniagaan berkomunikasi secara dalaman dan merupakan bukti komitmen Zextras dalam menyampaikan penyelesaian teknologi yang cemerlang.
KetersediaanCarbonio CE kini boleh dimuat turun, membolehkan perniagaan mengambil langkah pertama menuju tempat kerja digital yang lebih selamat, cekap dan berkolaborasi.
Untuk maklumat lanjut tentang Carbonio Community Edition dan cara platform ini boleh mengubah infrastruktur komunikasi organisasi anda, sila layari
https://lp.zextras.com/carbonio-ce/?utm_source=business_wire&utm_medium=pr&utm_campaign=carbonio_ce_launchPerihal ZextrasZextras merupakan sebuah syarikat pembangunan perisian terkemuka dalam industri yang khusus dalam mencipta penyelesaian canggih untuk meningkatkan platform komunikasi digital dan kerjasama. Dengan memberikan tumpuan yang teguh pada privasi pengguna dan teknologi sumber terbuka, Zextras komited untuk menyediakan alat yang canggih namun intuitif yang memenuhi tuntutan landskap digital yang berubah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://lp.zextras.com/carbonio-ce/?utm_source=business_wire&utm_medium=pr&utm_campaign=carbonio_ce_launchTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Butiran HubunganButiran Hubungan MediaPaolo Storti CEO marketing@zextras.comZextras http://www.zextras.com Sumber: Zextras
--BERNAMA