KPE HASiL bergambar kenang-kenangan bersama-sama para pengamal media yang hadir
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Dalam usaha berterusan untuk memperkasa penyebaran maklumat percukaian dengan lebih efektif dan telus kepada masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menganjurkan satu sesi libat urus YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL bersama dengan hampir 100 orang pengamal media daripada 50 agensi di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Program ini juga sebagai tanda penghargaan HASiL kepada pihak media yang telah banyak memberikan liputan yang baik melalui berita dan publisiti, sekali gus mempertingkatkan kadar kesedaran dan pematuhan secara sukarela dalam kalangan masyarakat. Selain itu, program ini dilihat dapat mengeratkan jalinan kerjasama muhibah antara HASiL dan media ke arah peningkatan hasil kutipan negara.
YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak media yang telah bersama-sama membantu dan mempromosikan inisiatif-inisiatif baharu serta menjadi suara, mata dan telinga kepada HASiL dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pembayar cukai. Tuntasnya, hubungan dua hala yang terjalin ini harus dikekal dan diperkuatkan dalam satu harapan untuk melihat Malaysia yang lebih maju di masa hadapan.
Turut sama hadir dalam sesi libat urus ini ialah YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datuk Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) serta barisan pengurusan kanan HASiL.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ Dikeluarkan Oleh:Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTarikh: 15 Februari 2024
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my--BERNAMA