Beliau menambah, "Setakat ini, kita sudah mempunyai 51 kabinet pertukaran bateri yang diusahakan oleh Syarikat Pengeluar yang berdaftar bawah MARiiCas. Namun, kami turut mengalu-alukan peluang kerjasama bagi menyediakan lebih banyak stesen pertukaran bateri dan stesen pengecas motosikal elektrik. Selain itu, MARii juga turut meneroka kerjasama bersama institusi kewangan seperti Bank Rakyat & Bank Muamalat. Kolaborasi ini akan membuka peluang baru bagi perkembangan ekosistem motosikal elektrik di Malaysia, memastikan aksesibiliti yang lebih baik, dan mendorong lebih banyak lagi rakyat untuk beralih kepada kenderaan elektrik."
Terkini, MARii akan menyertai Program MADANI Rakyat bertujuan mempromosikan MARiiCas dan akan membuka kaunter pendaftaran di reruai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
"Kami mengalu-alukan semua pemohon dan peminat motosikal elektrik untuk mengunjungi kaunter konsultasi pendaftaran MARiiCas di Program MADANI Rakyat ini. Anda hanya perlu bawa 3 dokumen yang diperlukan iaitu kad pengenalan, lesen memandu motosikal dan borang pengesahan pendapatan untuk terus mendaftar dan mendapat kelulusan segera," tambah Azrul.
MENGENAI MARiiMARii (Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute) adalah sebuah institut yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) pada tahun 2010. MARii ditubuhkan sebagai pusat kepakaran untuk membangunkan industri automotif, robotik dan IoT di Malaysia, serta menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi dalam sektor ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari
https://marii.my/. SUMBER : MARii (Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute) UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Unit Komunikasi Korporat, MARii
Nama: Nurul Ainaa
Tel: 6010 239 6969
E-mel: nurulainaa@marii. my
Tel: 016 966 9243
E-mel: faiz@marii.my
--BERNAMA