TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENYEDIA DAN MENYERAHKAN PENYATA SARAAN EA DAN EC PEKERJA BAGI TAHUN 2023 SEBELUM ATAU PADA 29 FEBRUARI 2024

Khamis 22/02/2024

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menarik perhatian para majikan berhubung tanggungjawab menyedia dan menyerahkan penyata saraan EA (sektor swasta) dan EC (sektor kerajaan) pekerja bagi tahun 2023 kepada pekerja sebelum atau pada 29 Februari 2024.

Berdasarkan peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), majikan bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Borang C.P. 8A (EA) / C.P.8C (EC) atau penyata saraan EA dan EC dengan lengkap setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan kepada semua pekerja. Ini adalah bagi membolehkan pekerja atau pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka melapor pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada HASiL. Kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) ACP 1967 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada dua ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 
 
Bagi tujuan rujukan, para majikan boleh mencapai Nota Penerangan E 2023 melalui Portal HASiL www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun Borang > Majikan atau pautan pantas seperti berikut: https://www.hasil.gov.my/media/4jjh00qh/nota-penerangan-e-2023.pdf 


Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi: 
 
a)  Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
(Luar Negara);
b)  HASiL Live Chat; dan
c)  Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 22 Februari 2024

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA 
+