PENGGUNA RAPID KL BAKAL NIKMATI PERJALANAN LEBIH LANCAR MELALUI INTEGRASI APLIKASI MYRAPID PULSE X AIRASIA MOVE

Jumaat 23/02/2024

Prasarana dan AirAsia MOVE Menjalin Kerjasama Strategik Untuk Perkukuh Perkhidmatan Pengangkutan Awam Bandar 

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pengguna Rapid KL bakal menikmati perjalanan first-mile-last-mile (FMLM) yang lebih lancar dengan integrasi aplikasi perancang perjalanan MyRapid PULSE (PULSE) bersama perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride. 

Kerjasama strategik di antara Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan AirAsia MOVE melalui anak syarikat mereka; Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) dan AirAsia Ride adalah untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dari pintu ke destinasi. 

Fa'izah Khairuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE berkata, “Kami teruja untuk memeterai kerjasama ini dengan AirAsia MOVE yang dapat memanfaatkan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride sebagai penghubung destinasi akhir, sekali gus menyokong visi kami untuk mengutamakan keselesaan perjalanan harian pengguna pengangkutan awam. Kerjasama ini secara langsung dapat menghubungkan FMLM dan meningkatkan kecekapan serta memperbaiki ekosistem perjalanan yang lebih bersepadu. Inisiatif ini juga menyokong visi kerajaan untuk mencapai sasaran perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40% menjelang 2030.” 

Di bawah kerjasama strategik ini, pengguna Rapid KL akan dapat menikmati rebat eksklusif RM2 bagi perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride melalui 24 stesen LRT di bawah dengan mudah melalui aplikasi PULSE. Muat turun AirAsia Superapp hari ini dan mulakan perjalanan anda dengan AirAsia Ride.
 
Table
 
Pengguna aplikasi PULSE baharu dan sedia ada layak mendapat rebat dua penebusan setiap hari dengan menggunakan kod promo yang unik bagi setiap stesen melalui stesen yang disenaraikan. 

Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, berkata, “Kami berbangga untuk berkongsi berita baik ini dengan pengguna PULSE dan AirAsia Ride. Sistem tren LRT telah membawa pengguna merentasi Lembah Klang lebih dari dua dekad. Kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama dan menjadi penghubung FMLM dalam sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Para pengguna akan menikmati perjalanan yang lebih selamat serta penjimatan kos melalui stesen-stesen LRT terpilih.”  

Aplikasi PULSE menawarkan navigasi mesra pengguna yang membolehkan pengguna ke destinasi yang diingini dengan lebih pantas. Melalui aplikasi PULSE, pengguna akan dibawa ke AirAsia Superapp, dan terus mendapatkan anggaran tambang untuk perkhidmatan AirAsia Ride sekali gus memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka. 

Fasa pertama kerjasama bersama AirAsia MOVE ini adalah sebahagian daripada rancangan Prasarana yang lebih besar untuk menyediakan ketersambungan yang lancar bagi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam dan komitmen untuk memudahkan perjalanan setiap hari. Kajian dan pertimbangan lanjut akan dibuat sebelum melaksanakan program sebegini ke rangkaian rel dan bas yang lain. 

MENGENAI PRASARANA
Prasarana Malaysia Berhad adalah pengendali dan pemilik aset perkhidmatan rel dan bas merangkumi dua rangkaian LRT, perkhidmatan Monorel dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid KL, yang termasuk Transit Bas Rapid mesra alam - Laluan Sunway (BRT), selain menjadi pengendali perkhidmatan MRT. Di sebalik usaha mentransformasi perkhidmatan pengangkutan awam negara melalui Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd, Prasarana juga menubuhkan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) untuk melaksanakan projek pembangunan komersial dan berorientasikan transit bagi mengukuhkan lagi prestasi syarikat selain menjana pendapatan bukan tambang. Ia berpegang kepada misi untuk memacu transformasi perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia selaras dengan visinya bagi menyediakan perkhidmatan transit lestari dan menjadi pemangkin ekosistem mobiliti termasuk membangunkan gaya baru dalam kehidupan warga kota bertunjangkan kepada pembangunan berorientasikan transit. 

MENGENAI AirAsia MOVE (sebelumnya dikenali sebagai airasia Superapp)
AirAsia MOVE, formerly known as airasia Superapp is the newest online travel agent+ (OTA+) in town, providing a seamless and personalised experience for travellers at the best value in Asean and beyond. It envisions travel complemented by a community-led experience through features such as airasia chat, games, gifting, and a strong loyalty program that rewards users across its expansive ecosystem. AirAsia MOVE’s ecosystem includes OTA services such as flight bookings from over 700 airlines, including the World’s Best Low-Cost Carrier AirAsia and 900,000 hotels world-wide plus ride-hailing, dining experiences, insurance, duty-free shopping and more, underpinned by integrated financial services by BigPay. It has been recognised by World Travel Awards as ‘Asia’s Leading Online Travel Agency 2023’ in its first nomination in the OTA category. Download the AirAsia MOVE app via the Apple App Store, Google Play Store and Huawei App Gallery. Both AirAsia MOVE and BigPay are part of MOVE Digital, the digital arm of Capital A Berhad.  


Dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad

SUMBER: Prasarana Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Pegawai komunikasi 
Nama: Adilah Husna
Tel: 013-3129102

--BERNAMA 
+