KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pameran Dan Persidangan Teknologi Hijau Dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) – merupakan sebuah platform yang memacu kemajuan teknologi, inovasi dan ekonomi hijau di rantau ini dengan rekod pencapaian
RM53.1 bilion dalam peluang perniagaan, 4,000 peserta pameran dan 600,000 orang pengunjung dari 122 buah negara sepanjang 14 tahun berturut-turut penganjurannya.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar sebagai penganjur utama dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation sebagai penganjur bersama telah melancarkan IGEM 2024 yang akan kembali untuk tahun ke-15 bertempat di Pusat Persidangan Kuala Lumpur mulai 9 hingga 11 Oktober. Dengan membawa tema
“Usaha Ke Arah Sifar Bersih: Kepimpinan Serantau bagi Menangani Segera Perubahan Iklim”, IGEM 2024
menyasarkan peluang perniagaan berjumlah RM4.8 bilion, 480 peserta pameran dan 48,000 orang pengunjung dari lebih 48 buah negara.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, YB Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, “Saya ingin menekankan kepentingan tindakan iklim yang segera kerana cabaran iklim yang baharu memerlukan pendekatan dan pelan tindakan yang baharu. Kepentingan IGEM 2024 dalam menangani isu ini menjadi semakin mendesak. Oleh yang demikian, saya menggesa semua peserta pameran, penaja, penceramah, peserta dan pengunjung setia IGEM untuk mengorak langkah dan menyahut cabaran bagi memastikan kejayaan persidangan dan pameran yang berterusan.
“Kami juga berusaha untuk mengembangkan pengaruh bagi meluaskan jejak IGEM di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara melalui sesi meja bulat, sidang kemuncak dan kongres kepimpinan yang dikendalikan oleh industri. Pameran ini akan mempercepatkan lagi peluang perniagaan untuk semua peserta IGEM,” tambah beliau lagi.
IGEM 2024 kali ini membawakan pendekatan baharu dengan tumpuan pada 5 sub-tema: memperkasakan bandar, menggerakkan mobiliti elektrik, menyahkarbon tenaga, mempercepatkan kitaran dan memulihara biodiversiti. Antara tarikan sempena ulang tahun ke-15 IGEM ialah zon industri khusus untuk hidrogen dan teknologi karbon lain, serta zon utama yang mempamerkan inovasi rakan kongsi bersepadu daripada syarikat global terkemuka.
IGEM 2024 juga akan mengadakan pameran mobiliti elektrik perkongsian autonomi berbilang tempat masa hadapan. Perancangan juga sedang dibuat untuk mengadakan pameran ekonomi kitaran yang menghimpunkan pemimpin utama dalam amalan inovasi, teknologi dan perniagaan. Beberapa inisiatif baharu yang sedang dilaksanakan turut merangkumi pelancaran Pavilion Malaysia pada COP29.
YB Nik Nazmi seterusnya menjelaskan, “Memandangkan pelbagai laluan dan peluang menarik untuk dimanfaatkan oleh perniagaan, saya menggesa syarikat serta institusi kewangan untuk menjadi penaja IGEM 2024 – untuk membantu mengukuhkan serta menyegerakan kepimpinan serantau Malaysia dalam teknologi hijau dan perubahan iklim.
“Dengan peluang yang luas di IGEM 2024, saya amat menggalakkan persatuan-persatuan industri dan syarikat-syarikat untuk mendaftar sebagai peserta hari ini. Bagi pihak NRES, saya amat mengharapkan kerjasama daripada rakan-rakan kami di kementerian lain dan kerajaan negeri untuk mengambil bahagian dan mempamerkan inisiatif hijau mereka kepada khalayak ramai,” tambah beliau lagi.
Mengimbau kembali kejayaan IGEM 2023, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memainkan peranan penting bagi menonjolkan peluang pelaburan dalam sektor teknologi hijau. Pameran tersebut telah menyumbang kepada potensi pelaburan bernilai RM5.8 bilion, meningkat 58.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada peluang-peluang di IGEM 2023, sehingga kini, MIDA telah menerima enam (6) projek pelaburan hijau dengan cadangan pelaburan terkumpul sebanyak RM1.4 bilion.
Datuk Wira Arham Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, dalam ucapan pembukaan berkata, “Usaha kami adalah sejajar dengan inisiatif Kerajaan melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), khususnya pada Misi 3 – Usaha ke Arah Sifar Karbon dalam menarik pelaburan dalam sektor yang menyumbang ke arah mencapai matlamat sifar bersih. MIDA secara proaktif meneroka peluang pertumbuhan baharu dalam teknologi hijau seperti hidrogen hijau, penggunaan dan penyimpanan tangkapan karbon (CCUS), pengurusan sisa dan mobiliti masa depan (EV). Kami juga telah memperkenalkan insentif yang disasarkan dalam Belanjawan 2024 untuk membantu syarikat kami menjadi antara yang terbaik dalam kelasnya di peringkat global daripada segi kecekapan tenaga dan karbon.”
Untuk menyertai IGEM 2024 yang bertemakan
Usaha Ke Arah Sifar Bersih: Kepimpinan Serantau bagi Menangani Segera Perubahan Iklim, sila layari
www.igem.my.
About Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)MGTC is an agency under the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) mandated to accelerate green growth, advance climate actions, and foster green lifestyles within the community.
Guided by the National Green Technology Policy (NGTP), National Climate Change Policy (NCCP), Green Technology Master Plan 2017-2030 (GTMP), and the 12th Malaysia Plan, MGTC carries out various programmes and initiatives to support stakeholders at all levels.
Heading towards 2030, and through a range of implemented programs and initiatives, MGTC aims to invest up to RM100 billion in green initiatives, create around 230,000 green job opportunities, and assist Malaysia in achieving net-zero GHG emissions by as early as 2050.
SUMBER: Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Sharifah Syazwani binti Syed Mohamed
Executive - Special Projects, MGTC
Tel: +60143428570
Emel: Sharifah.syazwani@mgtc.gov.my
--BERNAMA