TAX CORPORATE GOVERNANCE FRAMEWORK (TCGF) GUIDELINES DAN FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) TERKINI SERTA RANGKA KERJA TADBIR URUS PERCUKAIAN KORPORAT VERSI BAHASA MELAYU TELAH DIMUAT NAIK KE PORTAL RASMI HASIL

Selasa 05/03/2024

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) terus komited dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program Tax Corporate Governance (TCG) yang dilancarkan pada 1 Mac 2022 dengan menambah baik dokumentasi rujukan sedia ada pembayar cukai. HASiL dengan ini memaklumkan Tax Corporate Governance Framework (TCGF) Guidelines dan Frequently Asked Questions (FAQ) telah dikemaskini sehingga 23 Februari 2024 serta Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat versi Bahasa Malaysia telah dimuat naik ke portal rasmi HASiL.

Pengemaskinian yang dibuat ke atas TCGF Guidelines dan FAQ terkini adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada beberapa siri sesi libat urus yang dijalankan bersama agensi kerajaan, organisasi dan pengamal percukaian serta kajian amalan terbaik pelaksanaan berkesan program TCG.

Perubahan TCGF Guidelines adalah meliputi perkara berkaitan pemantauan (monitoring), aspek keberkesanan rangka kerja kawalan percukaian (effectiveness of tax control framework), pelaporan ujian kawalan (reporting control testing) dan pelaporan tadbir urus percukaian, kawalan dan pengurusan risiko (reporting tax governance, control, and risk management).

Selain daripada itu, bagi memastikan pemahaman dan penggunaan TCGF yang lebih meluas di Malaysia, dokumen Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat turut diterjemah dalam versi Bahasa Melayu.

Dokumen-dokumen ini boleh diakses serta dimuat turun dengan langkah mudah seperti yang berikut:

i. Layari Portal Rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my/;

ii. Klik menu Perundangan > Rangka Kerja > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat > Guidelines tax Corporate Governance Framework atau > Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat atau > Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines; atau

iii. Capaian pantas di pautan:

Guidelines Tax Corporate Governance Framework
https://www.hasil.gov.my/media/34ymucit/guidelines_tax_corporate_governance
_framework_2.pdf


Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat
https://www.hasil.gov.my/media/dvhfx2bd/tax_corporate_governance
_framework_tcgf_1.pdf


Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines
https://www.hasil.gov.my/media/as4aosx1/20240223_faq_tax_corporate_governance
_framework.pdf


Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

a) E-mel khas tcg@hasil.gov.my;

b) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);

c) HASiL Live Chat; atau

d) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia
Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 5 Mac 2024

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia​
Hasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara)
Portal Rasmi : 
www.hasil.gov.my

--BERNAMA
 

+