Xsolla Memperkenalkan Strategi Main Silang (Cross-Play) Dan Bayar Silang (Cross-Pay) Untuk Penjanaan Pendapatan Berbilang Platform Yang Dipertingkat Bagi Permainan Mudah Alih

Rabu 06/03/2024

Table
Grafik: Xsolla 
 
Memperkasa Pembangun Permainan Mudah Alih untuk Menjana Pendapatan Merentasi Berbilang Platform Melangkaui Kedai Aplikasi Tradisional

LOS ANGELES, 6 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, syarikat perdagangan permainan video global, telah memperkenalkan Main Silang (Cross-Play) dan Bayar Silang (Cross-Pay), pendekatan berinovatif untuk penjanaan pendapatan permainan mudah alih. Sebagai respons kepada landskap yang semakin berkembang, rangkaian penyelesaian Xsolla membolehkan pembangun permainan mudah alih mengalihkan permainan mereka dengan lancar daripada mudah alih kepada web, desktop dan awan sambil menawarkan model penjanaan pendapatan yang pelbagai di luar kotak bagi memperkasa jualan yang menguntungkan secara langsung kepada pengguna untuk pembangun permainan.

Memandangkan industri permainan video berkembang, pemain menjangkakan untuk terlibat dengan tajuk kegemaran masing-masing dengan lancar merentasi semua platform, faktor bentuk dan kaedah kawalan. Jangkaan yang semakin meningkat ini meletakkan Main Silang (Cross-Play) berada di barisan hadapan dalam strategi pembangunan permainan moden. Kini, pembangun permainan mudah alih boleh menggunakan permainan masing-masing dengan mudah merentasi Peranti Mudah Alih, PC, Konsol, Awan dan Web dengan Pelancar Xsolla (Xsolla Launcher) dan Permainan Awan Xsolla (Xsolla Cloud Gaming).

Pelancar Xsolla (Xsolla Launcher) memudahkan pembangun untuk memanfaatkan keupayaan pengkomputeran desktop, termasuk grafik dipertingkat, kedalaman permainan dan sesi bermain yang lebih lama apabila menukar permainan mudah alih ke PC.

Permainan Awan untuk Permainan Mudah Alih pula, merupakan lanjutan penyelesaian teras Permainan Awan Xsolla (Xsolla Cloud Gaming) yang strategik. Ini membolehkan pembangun permainan video mudah alih mengembangkan platform silang (cross-platform) dengan menggunakan binaan permainan ke platform awan secara langsung dari lalaman penambat berjenama pembangun sendiri, membolehkan pembangun menyampaikan mekanik penjanaan pendapatan yang fleksibel untuk pengguna mudah alih.

Pengalaman Main Silang (Cross-Play) memastikan strategi penjanaan pendapatan yang konsisten dan saksama merentasi semua platform untuk pembangun di seluruh dunia. Pendekatan ini memastikan akses yang sama kepada kandungan permainan untuk pemain, dengan itu meningkatkan pengalaman bermain secara keseluruhan sambil mematuhi peraturan dan garis panduan platform. Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop), penyelesaian utama untuk pembelian web, ialah asas bagi strategi Terus kepada Pengguna untuk pembangun permainan mudah alih.

Kedai Web ialah kedai dalam talian berjenama yang boleh disesuaikan dengan mudah, serta dilengkapi sepenuhnya untuk memudahkan pembelian web dalam permainan. Lelaran seterusnya Penyelesaian Kedai Web Xsolla termasuk kemas kini berinovatif berdasarkan kepakaran Xsolla yang diperoleh daripada pelancaran lebih 210 Kedai Web dan 40 daripada 100 permainan mudah alih dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia. Kedai Web Xsolla memperkenalkan alat LiveOps lanjutan, ciri pemperibadian dan keterlibatan tambahan serta aliran pengguna yang lebih baik untuk pembelian lancar. Di samping peningkatan ini, pakar Xsolla sentiasa bersedia menawarkan bimbingan dan sokongan dengan menyediakan perundingan amalan terbaik dalam menavigasi operasi dan pengurusan kedai web.

“Kemajuan yang dibuat dengan Main Silang dan Bayar Silang (Cross-Play Cross-Pay) telah menjadi tumpuan inovasi kami sepanjang tahun lalu selepas bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dan melancarkan lebih 200 kedai web pada tahun 2023. Aplikasi dunia sebenar yang meluas ini dengan maklum balas pelanggan telah membantu pembangun permainan mudah alih memasarkan permainan masing-masing dalam talian dengan cekap dan beroperasi dalam garis panduan platform,” kata David Stelzer, Presiden Xsolla. “Main Silang (Cross-Play) dan Bayar Silang (Cross-Pay) ialah inovasi strategik kami bagi memenuhi permintaan yang terus berkembang dalam industri permainan mudah alih yang sentiasa berubah. Dengan menyampaikan penyelesaian berbilang platform untuk pembangun permainan mudah alih, kami boleh membantu pembangun tersebut menjangkau lebih ramai pemain dan mengembangkan perniagaan masing-masing.”

Rangkaian penyelesaian Main Silang (Cross-Play) dan Bayar Silang (Cross-Pay) yang menyeluruh ini memperkasa pembangun permainan mudah alih memastikan permainan masing-masing menjangkau khalayak seluas yang mungkin dengan mewujudkan hubungan mendalam dan berkekalan bersama pemain di seluruh dunia.
 
Untuk maklumat lanjut tentang Kedai Web Xsolla (Xsolla Web Shop) 2.0 dan ciri yang tersedia, sila kunjungi: xsolla.pro/web-shop2
 
Untuk maklumat lanjut tentang Permainan Awan Xsolla (Xsolla Cloud Gaming) bagi peranti mudah alih dan ciri yang tersedia, sila kunjungi: xsolla.pro/cloud-gaming
 
Untuk maklumat lanjut tentang Pelancar Xsolla (Xsolla Launcher), sila kunjungi: xsolla.pro/xsolla-launcher 


Maklumat Tentang Xsolla

Xsolla ialah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alatan dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa direka bentuk khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhan Xsolla pada tahun 2005, syarikat itu telah membantu ribuan pembangun dan penerbit permainan pelbagai saiz dengan membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana pendapatan permainan mereka secara global dan merentasi platform berbilang. Sebagai peneraju berinovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla ialah menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan penjanaan pendapatan global bagi membantu rakan niaga kami mencapai lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo dan bandar lain di seluruh dunia, Xsolla memberikan sokongan kepada tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox,, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi. 

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: xsolla.com 
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53905439/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Individu untuk Dihubungi
Derrick Stembridge
Pengarah Global Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla 

--BERNAMA 
+