LOS ANGELES, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global, terus mengembangkan kehadirannya di Afrika dengan menyepadukan perkhidmatan wang mudah MTN dan Airtel. Pergerakan strategik ini menangani landskap kewangan Afrika yang unik, yang mana sebahagian besar populasinya, terutamanya di rantau seperti Ghana dan Uganda, masih tiada akaun bank.
Perkhidmatan wang mudah alih ialah sesuatu yang penting dan membolehkan pengguna menguruskan dana melalui peranti mudah alih serta memintas keperluan terhadap infrastruktur perbankan tradisional. Inisiatif ini membuka pangkalan pelanggan baharu yang besar, memberi manfaat kepada 292 juta pengguna MTN dan 147 juta pengguna Airtel, dan memudahkan transaksi untuk pedagang Xsolla, yang kini boleh menerima kaedah bayaran ini dengan mudah. Ia merupakan lonjakan yang penting terhadap pengembangan global untuk pembangun permainan, menggunakan pilihan bayaran Pay Station yang lengkap dan jangkauan pasaran yang luas untuk memberikan pengalaman bayaran yang lancar dan menyeluruh.
David Stelzer, President di Xsolla, menekankan kepentingan inisiatif ini, menyatakan, “Usaha kami untuk menyepadukan kaedah bayaran tempatan adalah penting untuk mengembangkan jangkauan kami di Afrika, khusus untuk kedua-dua pengguna yang ada akaun dan tiada akaun bank dalam pasaran yang sedang berkembang ini. Hampir 40 juta bakal pengguna akan mendapat manfaat daripada proses penyepaduan kami yang dipermudahkan untuk pembangun, membolehkan mereka memberi tumpuan kepada mencipta pengalaman permainan yang menarik sementara kami mengendalikan selok-belok bayaran, penipuan, cukai dan pematuhan yang rumit di Afrika.”
Kelebihan Utama dan Pengembangan Projek:·
Mengembangkan Jangkauan Pasaran: Pembangun kini boleh berhubung dengan pelbagai komuniti permainan Afrika, meningkatkan kehadiran mereka merentasi benua melalui penyelesaian bayaran yang disetempatkan seperti 1Voucher di Afrika Selatan, FawryPay di Mesir dan dompet mudah alih seperti Airtel, MTN dan Vodafone di Ghana dan Uganda.
·
Menambah Baik Jualan dan Kadar Pertukaran: Dengan mengguna pakai kaedah bayaran tempatan, proses transaksi menjadi lebih cekap dan mesra pengguna, sejajar dengan pilihan pemain Afrika.
·
Pemerolehan Pengguna Baharu: Akses kepada pasaran baharu mengundang penglibatan dengan pemain yang aktif dan bersemangat, memupuk peluang untuk pertumbuhan hasil.
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan transaksi yang lebih lancar dan meluaskan akses pasaran untuk pembangun permainan tetapi juga menunjukkan komitmen untuk menyokong pertumbuhan komuniti permainan Afrika dan memberikan alat yang penting kepada pembangun untuk berjaya dalam pasaran yang sedang berkembang ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang inisiatif dan penyelesaian Xsolla, sila lawati: xsolla.pro/goMengenai XsollaXsolla ialah sebuah syarikat perdagangan permainan video global dengan set alat dan perkhidmatan yang mantap dan berkuasa yang direka khusus untuk industri ini. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu beribu-ribu pembangun dan pengeluar permainan yang pelbagai saiz membiayai, memasarkan, melancarkan dan menjana wang dengan permainan mereka secara global dan merentasi pelbagai platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran, pemasaran dan pengewangan global untuk membantu rakan kongsi kami menjangkau lebih banyak kawasan geografi, menjana lebih banyak hasil dan mencipta perhubungan dengan pemain di seluruh dunia. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo dan bandar-bandar di seluruh dunia, Xsolla menyokong tajuk permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati:
xsolla.comTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.