BANGKOK, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Epicor,
peneraju perisian perusahaan khusus industri, meraikan pelbagai kejayaan semasa acara tahunan pelanggan Hubungan Asia (Asia Connect) syarikat, yang diadakan di Bangkok, Thailand pada minggu lepas. Acara itu menandakan 30 tahun Epicor beroperasi di seluruh Asia Utara dan Tenggara, serta mempamerkan cara Epicor telah menyokong pelanggan dan memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berubah dalam memacu pertumbuhan dan kejayaan operasi.
Vincent Tang, Naib Presiden Jualan Epicor untuk Asia, berkata, “Kami tidak mahu membiarkan detik penting ini berlalu begitu sahaja dan oleh yang demikian meraikan komitmen dan kesetiaan kami kepada rantau utama ini. Memandangkan pendigitalan terus berkembang di seluruh Asia, kami akan menyokong pelanggan kami dengan memperkenalkan inisiatif dalam AI dan peningkatan kepada Industry 4.0, mewujudkan penyambungan digital untuk menjadikan kerja lebih baik. Kami cukup bersemangat untuk mendidik dan menarik minat golongan muda ke dalam industri pembuatan, bertujuan menyediakan mereka dengan asas digital yang memacu pertumbuhan ekonomi membuat, menggerakkan dan menjual.”
Epicor telah menyaksikan pertumbuhan SaaS yang ketara sepanjang tiga tahun yang lalu hasil daripada peningkatan penggunaan teknologi awan di seluruh Asia, dengan banyak perniagaan serantau melaksanakan atau berhijrah kepada Epicor Kinetic dalam awan – platform yang dibina khusus, berskala yang membantu pengilang bersaing dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik.
Merenung kembali kejayaan syarikat, Naib Presiden Eksekutif, Antarabangsa Epicor, Andy Coussins mengulas, “Prestasi cemerlang dalam pertumbuhan awan merupakan bukti kepada pasukan Epicor tempatan – komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi untuk membolehkan pelanggan beralih kepada SaaS dan b antuan yang diberikan dalam perjalanan transformasi digital pelanggan tersebut mesti diberikan perhatian. Kami telah membuat kemajuan besar sepanjang 30 tahun kebelakangan ini untuk mengembangkan jejak serantau kami; menyelami diri dalam pasaran, industri dan kepakaran tempatan; dan memacu pelaburan besar untuk memastikan pelanggan kami menerima pengalaman kelas pertama. Kami berharap dapat meneruskan momentum yang sama di rantau penting ini.”
Acara ini meraikan inovasi dan kecemerlangan pelanggan bagi yang telah berjaya memanfaatkan penyelesaian Epicor untuk mengubah dan mempercepat cita-cita perniagaan masing-masing.
Pemenang Anugerah Juara Epicor termasuk:
Juara Pembuatan: Essons Global Industrial Company mempunyai keterlihatan terhad di lantai kedai dan bergantung pada pengumpulan dan kemasukan data secara manual. Dengan menggunakan Epicor Kinetic dan MES, Essons telah menyaksikan masa proses berkurangan daripada 20 hingga 25 hari kepada hanya tiga hingga lima hari, serta pengurangan sebanyak 80 peratus dalam kelewatan operasi, membolehkan pihak pengurusan menumpukan lebih banyak perhatian kepada matlamat strategik.
Juara Inovasi: Thong Guan Industries Berhad telah menjadi pelanggan Epicor sejak tahun 2015, memanfaatkan Epicor di seluruh organisasi termasuk bahagian operasi, kewangan, lantai kedai dan pengurusan gudang. Dengan menggunakan Epicor Kinetic, syarikat tersebut mara menuju ke arah inisiatif Sifar Bersih dan memantau penggunaan bahan dalam pengeluaran. Pendekatan strategik ini telah mengurangkan sisa plastik dengan ketara melalui jumlah barangan dan bahan rosak diminimumkan semasa tiba, menghasilkan penyelesaian yang lebih mampan untuk pelanggan syarikat berkenaan.
Juara Projek: Kenny Tang dari Volex diiktiraf atas daya tahan dan dorongannya dalam kemajuan menyempurnakan projek. Kenny membantu menerima pakai sistem pengendalian global generasi akan datang, menyelia pelaksanaan Epicor merentasi tiga kilang di China, dengan 10 pelaksanaan tambahan yang dirancang dalam beberapa tahun akan datang.
Juara Eksekutif: Pasukan Perubatan NTN, sebahagian daripada Herbert Thailand Group, telah berkembang daripada bengkel kecil kepada perniagaan bertaraf dunia yang melaksanakan Epicor Kinetic dalam awan untuk memberikan lebih tumpuan kepada perniagaan kumpulan itu. Syarikat itu telah mencapai kemajuan besar dalam automasi, memperkemas transaksi antara syarikat dan berjaya membuat penjimatan kewangan dengan ketara.
Maklumat Tentang EpicorEpicor melengkapkan perniagaan yang berusaha gigih dengan penyelesaian perusahaan yang memastikan dunia terus berubah. Selama 50 tahun, pelanggan Epicor dalam industri automotif, bekalan bangunan, pengedaran, pembuatan dan runcit telah mempercayai Epicor untuk membantu menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Set penyelesaian Epicor yang berinovatif dipilih dengan teliti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan dibina untuk memberikan respons secara fleksibel terhadap realiti yang berubah pantas. Bersama pengetahuan dan pengalaman industri yang mendalam, Epicor mempercepat cita-cita pelanggan, sama ada untuk berkembang dan berubah, atau sekadar menjadi lebih produktif dan berkesan. Kunjungi
www.epicor.com untuk maklumat lebih lanjut.
Nama dan logo Epicor ialah tanda dagangan Epicor Software Corporation, yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain. Tanda dagangan lain yang dirujuk ialah hak milik pemilik masing-masing. Tawaran produk dan perkhidmatan yang digambarkan dalam dokumen ini dihasilkan oleh Epicor Software Corporation. Keputusan tidak dijamin dan pengalaman setiap pengguna akan berbeza.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungan Media:
Charlotte StrettonKetua PR Antarabangsa
Charlotte.stretton@epicor.com SUMBER: Epicor
--BERNAMA