BANGKOK, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Epicor,
peneraju global bagi perisian perusahaan khusus industri untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan, meraikan pemenang Anugerah Kecemerlangan Rakan Niaga Antarabangsa semasa Persidangan Rakan Niaga Momentum tahunan syarikat itu, yang diadakan di Bangkok, Thailand pada minggu lepas.
Anugerah tersebut mempamerkan kejayaan Rakan Niaga Saluran Antarabangsa, mengiktiraf syarikat yang telah berjaya meningkatkan nilai yang disampaikan kepada pelanggan dan komitmen masing-masing kepada pertumbuhan perniagaan Epicor dengan cemerlang.
“Rakan Niaga Saluran Epicor di seluruh rantau kami meningkatkan pengalaman pelanggan dan membantu organisasi merentasi ekonomi membuat, menggerakkan dan menjual, menavigasi perjalanan transformasi digital masing-masing dalam usaha memacu pertumbuhan dan kejayaan,” kata Paul Flannery, Naib Presiden, Jualan Saluran Antarabangsa Epicor. “Kami amat teruja untuk mengiktiraf beberapa rakan niaga yang menonjol ini dan usaha berinovatif yang telah dilaksanakan untuk menyampaikan khidmat kepada pelanggan bersama kami.”
Pemenang anugerah pada tahun ini termasuk:
·
Anugerah Pakar Industri: Data World Solutions Limited menyampaikan hasil yang cemerlang kepada pelanggan syarikat tersebut dengan menumpukan perhatian kepada membangunkan kepakaran industri dan amalan terbaik terhadap industri mainan, plastik dan pembuatan elektronik, sambil menyampaikan penyelesaian kepada berbilang pelanggan terkemuka pasaran.
·
Anugerah Transformasi Perniagaan: MIB Company Limited diiktiraf kerana mengutamakan dan melaksanakan 'Sumber Kebenaran Tunggal' untuk pelanggan, membolehkan syarikat tersebut membuat keputusan termaklum, mengambil tindakan dan berusaha mendapatkan pelaburan di Bursa Saham tempatan.
·
Anugerah Transformasi Awan: Mindbox S.A. membolehkan pelanggan pembuatan beralih kepada teknologi Awan melalui cara yang lebih pantas dan diperkemas dengan mentakrifkan amalan dan proses baharu bagi memanfaatkan Epicor Kinetic, berjaya membawa pelanggan dalam perjalanan awan global.
·
Anugerah Bintang yang Sedang Meningkat Naik: Wakil daripada Grand Target dan Inycom dianugerahkan sebagai Bintang yang Sedang Meningkat Naik. Setiap syarikat itu membuat pelaburan besar dalam organisasi jualan dan pemasaran masing-masing serta perkhidmatan pelaksanaan, menunjukkan hasil yang cukup kuat dengan Epicor Kinetic.
·
Anugerah Rakan Niaga Antarabangsa Terbaik: Precise terus menyampaikan prestasi mampan dari tahun ke tahun, termasuk meningkatkan jualan tambahan, memacu model awan – baik dalam perniagaan mahupun pangkalan pelanggan syarikat – dan membina aliran anuiti yang kukuh untuk menyokong pertumbuhan masa depan syarikat itu.
Andy Coussins, Naib Presiden Eksekutif, Antarabangsa Epicor mengakhiri acara dengan menyatakan, “Kami mempunyai set pencalonan yang amat kukuh dan tema bersama sepanjang masa merupakan cara Rakan Niaga Saluran Antarabangsa kami menyampaikan pengalaman pelanggan dan hasil perniagaan terbaik untuk pelanggan masing-masing. Tahniah kepada semua pemenang kami yang dimuliakan – kerjasama kukuh yang dipamerkan bermakna kami dapat terus menyokong pelanggan kami merentasi industri membuat, menggerakkan dan menjual.”
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Komuniti Rakan Niaga Epicor
sila kunjungi laman web kami. Maklumat Tentang EpicorEpicor melengkapkan perniagaan yang berusaha gigih dengan penyelesaian perusahaan yang memastikan dunia terus berubah. Selama 50 tahun, pelanggan Epicor dalam industri automotif, bekalan bangunan, pengedaran, pembuatan dan runcit telah mempercayai Epicor untuk membantu menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Set penyelesaian Epicor yang berinovatif dipilih dengan teliti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan dibina untuk memberikan respons secara fleksibel terhadap realiti yang berubah pantas. Bersama pengetahuan dan pengalaman industri yang mendalam, Epicor mempercepat cita-cita pelanggan, sama ada untuk berkembang dan berubah, atau sekadar menjadi lebih produktif dan berkesan. Kunjungi
www.epicor.com untuk maklumat lebih lanjut.
Nama dan logo Epicor ialah tanda dagangan Epicor Software Corporation, yang didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain. Tanda dagangan lain yang dirujuk ialah hak milik pemilik masing-masing. Tawaran produk dan perkhidmatan yang digambarkan dalam dokumen ini dihasilkan oleh Epicor Software Corporation. Keputusan tidak dijamin dan pengalaman setiap pengguna akan berbeza.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Charlotte StrettonKetua PR Antarabangsa
Charlotte.stretton@epicor.com+44 (0) 1344 468261
SUMBER: Epicor
--BERNAMA