​MITSUBISHI CORPORATION LIFE SCIENCES TELAH MENERBITKAN KAJIAN BAHARU BERKENAAN KESAN PENGINGESAN PEPTIDA SISTEINA YANG MENGANDUNGI GLUTATION TERHADAP KECERAHAN KULIT

Rabu 13/03/2024

TOKYO, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Corporation Life Sciences Limited (Ibu Pejabat: Chiyoda-ku, Tokyo Jepun; Koji Kishimoto, wakil pengarah dan presiden) telah melaksanakan kajian klinikal berkenaan kecerahan kulit dalam peptida sisteina dan telah menerbitkannya dalam Cosmetics 2023, 10, 72. Dalam kajian ini, Mitsubishi Corporation Life Sciences telah mentakrifkan glutation (GSH), sisteinilglisina (Cys-Gly) dan glutamilsisteina (-Glu-Cys) sebagai peptida sisteina dan telah melaksanakan kajian dirawak, buta duaan dan dikawal plasebo untuk menyiasat kesan peptida sisteina yang dimakan terhadap kecerahan kulit manusia.

Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan yang makan peptida sisteina sebanyak 45 mg selama 12 minggu mempamerkan pencerahan lengan dengan cara yang bergantung masa dan perbezaan yang ketara telah diperhatikan berbanding plasebo pada minggu 12.

Butiran kajian

Kajian ini telah direka bentuk untuk menjadi kajian perbandingan dirawak, buta duaan, dikawal plasebo, kumpulan selari dengan lelaki dan perempuan sihat berumur antara 20 hingga 65 tahun. Peserta yang layak telah ditetapkan secara rawak kepada tiga kumpulan (45 mg peptida sisteina: n = 16, 90 mg: n = 15 dan plasebo: n = 16). Setiap subjek telah menelan enam tablet setiap hari selama 12 minggu dan kecerahan kulit (nilai L) telah diukur menggunakan spektrofotometer mudah alih CM-26d (Konica Minolta, Tokyo Jepun) semasa penyaringan, 0 m, 4 m, 8 m dan 12 m.

Hasil

Semua kumpulan telah menunjukkan perbezaan yang ketar dalam kecerahan lengan pada 12 minggu berbanding 0 minggu. Selanjutnya, nilai ΔL dengan ketara lebih cerah dalam kumpulan 45 mg berbanding plasebo (p = 0.028) pada 12 minggu. Nilai AL 90 mg lebih cerah berbanding kumpulan plasebo pada 12 minggu.

Mitsubishi Corporation Life Sciences mempunyai ahli gabungan KOHJIN Life Sciences yang merupakan pengilang Glutation yang terletak di Jepun. KOHJIN Life Sciences mempunyai sejarah lebih daripada 70 pengeluaran dan ia terus berusaha ke arah realisasi penciptaan nilai baharu dengan menggabungkan teknologi penapaian lanjutan syarikat Mitsubishi Corporation Life Sciences Group dan melalui penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53905938/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Untuk pertanyaan mengenai keluaran ini, sila hubungi:
kentaro.hamasaki@mcls-ltd.com
Mitsubishi Corporation Life Sciences Limited
Tokyo Takarazuka Bldg 14F,
1-1-3 Yurakucho, Chiyoda-ku,
Tokyo 100-0006 Jepun
 
Sumber: Mitsubishi Corporation Life Sciences Limited

--BERNAMA

 
+