BANK MUAMALAT TAWAR PEMBIAYAAN PERIBADI PATUH SYARIAH CASH-I MUAMALAT FSA 2

Rabu 13/03/2024

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan terkesan keluar dari beban kewangan, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengumumkan penawaran pembiayaan peribadi patuh Syariah, Cash-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan bermula 16 Mac 2024.

Pada kadar keuntungan pengenalan menarik dalam pasaran iaitu 4.75% kadar tetap tahunan, pembiayaan peribadi Cash-i FSA2 dibuka kepada semua pencarum KWSP yang berkelayakan berumur antara 40 hingga 53 tahun dengan pendapatan kasar minimum sebanyak RM2,000 dan baki minimum sebanyak RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.

Pemohon yang layak boleh mendapat akses pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000 bergantung kepada baki Akaun 2 KWSP mereka dengan tempoh bayaran maksimum 10 tahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya cakna dengan keadaan ekonomi isi rumah yang tidak menentu dan bersedia membantu mengurangkan beban mereka untuk membina Kehidupan Lebih Baik, Bersama.

“Dengan meningkatkan keupayaan dan akses kewangan melalui penyediaan perkhidmatan yang berkesan, Bank Muamalat bukan sahaja membantu masyarakat mendapatkan pembiayaan, tetapi turut merancakkan pasaran yang akan memenuhi permintaan isi rumah.

Bank Muamalat bersedia untuk meluaskan perkhidmatan dan produk kewangan bagi memenuhi keperluan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan yang pelbagai dan khusus.

Bagi memastikan kepuasan perkhidmatan pelanggan dan mengurangkan tempoh proses kelulusan, permohonan untuk pembiayaan peribadi ini boleh dibuat melalui platform dalam talian mesra pengguna, Muamalat Application Platform (MAP),” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai, Cash-i FSA2 sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500 untuk maklumat lanjut.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi.

SUMBER: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Syahida Azureen
Tel: +6012 242 3696
Emel: syahida.azureen@muamalat.com.my

Nama: Mohd Nazrul Hafizi
Tel: +6017 921 13844
Emel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my

--BERNAMA 

+