MAJLIS MAKAN MALAM PEMASYARAKATAN UNTUK DUTA ANGGOTA APO DAN JAWATANKUASA PEMANDU MENGENAI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN VISI APO 2025: MESYUARAT PERUNDINGAN AKTIVITI BERHENTI DAN MERENUNG SEKETIKA

Isnin 18/03/2024


Table

Foto kumpulan bersama duta dan wakil daripada anggota APO, delegasi daripada Visi APO 2025: Jawatankuasa Pemandu Aktiviti Berhenti dan Merenung Seketika dan Kumpulan Kerja Teknikal, Setiausaha Agung APO dan kakitangan Sekretariat. (Foto: Business Wire)



TOKYO, 18 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Hari Khamis, 14 Mac 2024, Setiausaha Agung Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata menganjurkan Majlis Makan Malam Pemasyarakatan untuk Duta Anggota APO di Tokyo. Majlis yang dihadiri oleh duta dan wakil daripada 14 anggota APO itu, bertepatan dengan Visi APO 2025: Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Aktiviti Berhenti dan Merenung Seketika, untuk perkara itu, perwakilan daripada tujuh anggota APO berkumpul di Tokyo untuk menilai kemajuan Visi APO 2025 dan membincangkan mengenai visi masa depan selepas tahun 2025.

Ucapan pembukaan Setiausaha Agung Dr. Indra menggariskan kepentingan majlis makan malam itu sebagai gambaran komitmen APO untuk meluaskan keterlibatan pertubuhan itu dan menjemput lebih ramai pihak berkepentingan menyertai pergerakan produktiviti. Ucapan Pengerusi APO Sheng-Hsiung Hsu daripada ROC, yang dipilih oleh Sesi Ke-65 Badan Pentadbiran mengetengahkan keupayaan unik pertubuhan untuk menyatukan orang ramai melalui produktiviti.

Sebagai wakil negara tuan rumah Sekretariat APO, Timbalan Pengarah Yoshiaki Makino, Kementerian Luar Negeri (MOFA), Jepun, menyampaikan salam penghormatan majlis bagi pihak Pengarah APO untuk Jepun Hideo Ishizuki, Ketua Pengarah/Pembantu Menteri, Biro Kerjasama Antarabangsa, MOFA, menghargai rangkaian dan mengesahkan semula hubungan peribadi dalam kalangan anggota APO sambil mengiktiraf inisiatif berterusan Aktiviti Berhenti dan Merenung Seketika dan penilaian pihak ketiga.

Majlis ditutup dengan ucapan oleh Pengarah Ganti APO untuk India S. Gopalakrishnan, IAS, yang melahirkan rasa terima kasih kepada duta yang hadir dan Setiausaha Agung Dr. Indra bagi pihak semua peserta. Beliau menekankan manfaat platform APO yang masih belum diterokai dan menggalakkan orang ramai untuk memanfaatkan rangkaian antarabangsa Pertubuhan Produktiviti Kebangsaan APO bagi menyokong inisiatif kerajaan dan tema majlis makan malam tersebut iaitu kerjasama dan matlamat bersama.

Maklumat Tentang Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) ialah pertubuhan antara kerajaan serantau yang khusus untuk menambah baik produktiviti di rantau Asia-Pasifik melalui kesepakatan bersama. Pertubuhan ini ialah pertubuhan bukan politik, bukan untung dan tanpa diskriminasi. Ditubuhkan pada tahun 1961 dengan lapan anggota pengasas dan pada masa ini Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) mempunyai 21 anggota ekonomi: Bangladesh; Kemboja; Taiwan (Republik China - ROC); Fiji; Hong Kong; India; Indonesia; Republik Islam Iran (I.R.); Jepun; Korea Selatan (Republik Korea - ROK); Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR); Malaysia; Mongolia; Nepal; Pakistan; Filipina; Singapura; Sri Lanka; Thailand; Turki; dan Vietnam.

Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) sedang membentuk masa depan rantau ini dengan memupuk pembangunan sosioekonomi anggota pertubuhan melalui khidmat nasihat dasar negara, bertindak sebagai badan pemikir, inisiatif pembinaan kapasiti institusi dan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53910598/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Untuk maklumat terperinci, hubungi:
Unit Maklumat Digital, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)
pr@apo-tokyo.org
Telefon: +81-3-3830-0411
Laman web: https://www.apo-tokyo.org
 
Sumber: Pertubuhan Produktiviti Asia (APO)

--BERNAMA

+