PERNAS SANTUNI ANAK-ANAK ASNAF DAN IBU TUNGGAL MELALUI PROGRAM CSR SINAR RAMADAN

Isnin 25/03/2024


Table
 
Penyampaian baucar membeli-belah dan duit raya kepada anak-anak asnaf Kg. Kerinchi.


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Seramai 60 anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal dibantu melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pernas yang pertama pada tahun ini di mana Pernas telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM20,000 untuk disumbangkan kepada para penerima dan juga sumbangan khas kepada Masjid Ar-Rahah.

Bagi meraikan dan membantu persiapan kelengkapan menyambut bulan Syawal, Pernas iaitu agensi di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyantuni anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal sempena Majlis Iftar dan Program CSR Sinar Ramadan Pernas 2024 di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi.

Inisiatif Program CSR Sinar Ramadan ini  juga adalah sebagai tanda keprihatinan syarikat untuk membantu golongan  yang memerlukan untuk persiapan menyambut bulan Syawal.

Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, Ketua Pegawai Operasi Pernas, menyatakan Pernas komited menjuarai program-program CSR melalui tiga (3) terasnya iaitu keusahawanan, pendidikan dan kebajikan masyarakat.

Selain Program CSR Sinar Ramadan, Pernas juga mempunyai beberapa inisiatif CSR yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan.

Turut hadir dalam program pada hari ini adalah Dato’ Azlan Abu Rais, Ahli Lembaga Pengarah Pernas dan Encik Muhammad Shaheedzam Shamsuddin, Ahli Jawatankuasa Pembangunan & Ekonomi Masjid Ar-Rahah.
 

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Pernas adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan ditubuhkan pada 29 November 1969 yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Mulai 2004, Pernas mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakarannya dengan menawarkan perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti seperti berikut:
  1. Skim pembiayaan francais untuk perniagaan dan usahawan francais yang merangkumi semua keperluan perniagaan francais termasuk perbelanjaan modal and keperluan modal kerja;
  2. Pembiayaan ekuiti untuk membantu meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor francais strategik; dan
  3. Khidmat nasihat merangkumi sokongan kepada pembangunan usahawan bumiputera dan perniagaan francais untuk meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan.
Berpusat di Ibu Pejabat di Bangsar South, Pernas juga mempunyai lima pejabat koridor iaitu Pejabat Koridor Utara, Pejabat Koridor Pantai Timur, Pejabat Koridor Selatan, Pejabat Koridor Sabah dan Pejabat Koridor Sarawak yang bersedia menjalankan peranan mereka dalam membangunkan lebih ramai francaisor dan francaisi.

SUMBER: PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Datin Suriani Abdul Rahman
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik Pernas
Tel: 03-2082 7788 samb. 7941
E-mel:suriani.rahman@pernas.my

 
--BERNAMA

+