Selasa 26/03/2024
CHIBA, Jepun, 26 Mac, 2024 /Kyodo JBN/ --
Sebagai sebahagian daripada sebuah projek rasmi untuk meraikan ulang tahun ke-150 bagi penubuhan Wilayah Chiba, "Festival Seni Uchiboso Hyakunengo: Alam Sekitar dan Keinginan" – sebuah festival seni novel yang mengintegrasikan kuasa seni, kreativiti dan teknologi -- akan diadakan di lima buah bandar raya (Ichihara, Kisarazu, Kimitsu, Sodegaura, dan Futtsu) di kawasan Uchiboso di wilayah itu di Semenanjung Boso yang menghadap Teluk Tokyo dari 23 Mac hingga 26 Mei, 2024.
Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202402266989/
_prw_PI1fl_P8i7Cd61.jpg
Kira-kira 90 karya seni, yang dihasilkan oleh kira-kira 80 orang artis moden dari Jepun dan dari luar negara dengan menggunakan pelbagai teknik seperti lukisan, arca, video dan seni pemasangan, akan dipamerkan di tempat-tempat seperti muzium di lima buah bandar raya itu. Acara itu direka bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati budaya, sejarah, alam semula jadi dan makanan tempatan Wilayah Chiba sambil melawat lima buah bandar raya itu untuk menghargai karya seni berkenaan.
Tajuk: Festival Seni Uchiboso Hyakunengo: Alam Sekitar dan Keinginan
Tempat: 5 bandar raya Uchiboso (Bandar raya Ichihara, Bandar raya Kisarazu, Bandar raya Kimitsu, Bandar raya Sodegaura, Bandar raya Futtsu)
Tempoh: 23 Mac (Sabtu) hingga 26 Mei (Ahad), 2024
*Ditutup pada setiap Selasa dan Rabu (kecuali pada 30 April dan 1 Mei. Beberapa tempat akan ditutup pada hari yang berbeza.)
Waktu buka: 10:00 - 17:00
*Hari dan waktu pameran mungkin berbeza bergantung kepada karya seni.
Laman web: https://100nengo-art-fes.jp/en/uchiboso/
Senarai bagi beberapa orang artis
Tetsuya Umeda, Motohiko Odani, Yayoi Kusama, SIDE CORE, Hiraki Sawa, Kohei Nawa, Takeshi Yasura, Dinh Q. Le
Pasport penghargaan kerja:
Tempoh jualan: 23 Mac - 26 Mei, 2024
Harga: 3,500 yen (dewasa), 2,000 yen (pelajar sekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas)
*Tiket untuk menghargai karya seni dijual di pusat maklumat di tapak dan tempat lain yang berkaitan.
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba
-- BERNAMA