KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-18 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,995 kes berbanding 2,237
kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 tahun 2024.
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-18 adalah sebanyak 54,882 kes berbanding 38,933 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.
Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 adalah sebanyak 70 lokaliti berbanding 63 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 70 lokaliti yang dilaporkan, 55 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Perak, dua (2) lokaliti Pulau Pinang, dua (2) lokaliti di Negeri Sembilan, satu (1) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Sarawak.
Bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-18. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes. Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18. Bagi survelan zika, sebanyak 900 sampel darah dan enam (6) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Pelaksanaan aktiviti penghapusan tempat pembiakan secara kendiri oleh setiap individu atau dijalankan secara berkumpulan melalui aktiviti gotong-royong oleh komuniti, agensi kerajaan dan swasta serta NGO perlu diteruskan dalam usaha pencegahan denggi meskipun kes semasa denggi tampak seperti menurun. Ini adalah kerana kehadiran faktor-faktor tertentu seperti kebersihan persekitaran yang kurang memuaskan, cuaca panas berselang-seli dengan hujan serta pergerakan manusia yang terus meningkat boleh menyebabkan kes denggi kembali melonjak. Pengetahuan berkaitan pencegahan demam denggi perlu disusuli dengan tindakan dengan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan premis bebas dari ancaman nyamuk
Aedes.
Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika. Sila klik di sini untuk Gambarajah
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSANKetua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
10 Mei 2024
SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurhanis Asyeera Binti RahmanUnit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel : nurhanisasyeera@moh.gov.my
--BERNAMA