Isnin 20/05/2024
Upacara perasmian penanaman oleh Encik Loi Tuan Ee, Dato' Sri Siti Nurhaliza, dan Encik Azmi Zainal untuk merasmikan Mum2Mum Hi-Tea, oleh Farm Fresh
SERDANG, 20 Mei (Bernama) -- Farm Fresh memperkenalkan edisi terbaharu Siri Mum2Mum Hi-Tea mereka, yang kini dijadualkan secara dwi-bulanan sambil memberi peluang kepada para ibu untuk berkenalan dan bertukar-tukar pandangan tentang penjagaan anak-anak.
Selepas beberapa edisi yang dijalankan dengan jaya, Farm Fresh meneruskan siri Hi-Tea Mum2Mum yang dinanti-nantikan sebagai satu platform berterusan buat para ibu untuk menikmati keindahan pengalaman sebagai ibu. Sesi yang dirancang dengan teliti ini memberi peluang kepada para ibu yang mengambil bahagian untuk berkenalan, beramah-mesra dan berkongsi pengalaman mereka dari 'ibu kepada ibu' atau ‘Mum2Mum’.
Penyanyi nombor satu Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga duta jenama dan ibu kepada Siti Aafiyah Khalid serta Muhammad Afwa Khalid, turut sama hadir menyerikan majlis. Seperti semua ibu, Dato’ Sri Siti gembira diberi peluang untuk berinteraksi dengan ibu-ibu lain dan bercakap tentang kegiatan harian serta cabaran mereka.
Keputusan Farm Fresh untuk mengatur siri penting ini buat ibu-ibu kanak-kanak kecil, adalah bersempena dengan pelancaran susu tepung rumusan kanak-kanak Farm Fresh Grow baru-baru ini.
“Susu formula kami memainkan peranan penting dalam perjalanan tumbesaran kanak-kanak. Farm Fresh sangat mementingkan peranan ibu dalam membawa nilai yang sangat besar dalam hal kesihatan anak dan keluarga mereka. Tiada cara yang lebih baik selain menyatukan para ibu bersama-sama dalam suasana yang intim untuk terus melibatkan diri, mendidik, memberi sokongan dan meraikan perjalanan sebagai seorang ibu,” jelas Encik Loi Tuan Ee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Farm Fresh.
Sebagai sebahagian daripada acara itu, perbincangan panel turut diadakan dengan menampilkan ahli panel terkenal termasuk Encik Cheah Tien Keat, pakar Probiotik BB-12(R) di dalam bidang Biosolutions Kesihatan Manusia di Novonesis, Cik Natalie Loo, pakar pemakanan holistik yang dihormati, dan Duta Jenama Farm Fresh Dato' Sri Siti Nurhaliza. Perbincangan ini bertujuan untuk mendalami topik-topik mengenai pemakanan kanak-kanak, tumbesaran dan pengalaman seorang ibu.
“Sebagai jenama tenusu semula jadi no.1 di Malaysia, usaha untuk menyediakan pemakanan berkualiti demi semua rakyat Malaysia, BB-12(R) adalah pilihan yang jelas untuk Farm Fresh. BB-12® ialah Bifidobacterium yang paling didokumentasikan di dunia dan disokong oleh lebih 200 kajian klinikal serta 500 penerbitan yang telah meningkatkan kesihatan usus secara semula jadi untuk semua peringkat umur di seluruh dunia sejak 1986,” kongsi Cheah Tien Keat .
Dari sini, Farm Fresh secara rasmi melancarkan siri Hi-Tea Mum2Mum dengan upacara menanam bermakna ini, diantara Encik Loi Tuan Ee Bersama duta jenama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, diikuti old En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, telah menyiram menggunakan teko jamuan mereka. Tindakan simbolik ini, merangkumi nilai pertumbuhan, keharmonian, dan kesihatan, yang berfungsi sebagai simbolik tentang kesalinghubungan keibuan.
Selepas majlis pelancaran ringkas tetapi simbolik tersebut, para hadirin telah beralih ke ruang yang lebih peribadi untuk program “Mum2Mum” yang berlangsung selama dua jam itu. Inisiatif ini menggariskan komitmen mereka untuk memperkasakan pilihan pengguna yang lebih cakna dengan menyediakan pandangan menyeluruh melalui perkongsian pengetahuan produk dan bengkel label ramuan semasa sesi berlangsung. memupuk Majlis itu diserikan juga oleh ahli media serta beberapa Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terpilih seperti Julia Ziegler, Dynas Mokhtar, Serena C, dan Sasha Aziz, yang juga termasuk dalam kalangan tokoh-tokoh ibu.
Jemputan ini adalah percuma kepada semua ibu mengandung atau ibu berpengalaman sahaja, terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil di bawah umur 6 tahun. Daftar sekarang untuk menyertai komuniti kami, sila layari: https://www.farmfresh.com.my/mum2mum/ atau DM pasukan Farm Fresh di laman sosial mereka: FB (@Farm Fresh Milk Malaysia) atau IG (@farmfreshmilkmalaysia) untuk maklumat lanjut.
Latar belakang:
Sejak penubuhan operasi penternakan tenusunya pada tahun 2009, Farm Fresh Berhad telah menjadi salah satu syarikat tenusu tempatan terbesar di Malaysia dengan bahagian pasaran sebanyak 51% dalam segmen susu sejuk ‘sedia untuk diminum’ atau ‘ready to drink’ (RTD) dan 23% dalam keseluruhan segmen susu RTD pada 30 Jun 2022.
Farm Fresh mengendalikan lima ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia, merentasi kira-kira 5,367 ekar tanah, dengan jumlah saiz kumpulan sekitar 12,927 lembu tenusu dan lembu jantan (sehingga Dis 2023). Farm Fresh Berhad juga memiliki dan mengendalikan dua kemudahan pemprosesan di Johor dan Pahang, Malaysia, dengan kapasiti untuk mengeluarkan kira-kira 193.8 juta liter barang siap setiap tahun dan satu kemudahan pemprosesan di Kyabram, Australia, dengan kapasiti untuk mengeluarkan sekitar 84.0 juta liter barang siap berunsur susu setiap tahun. Farm Fresh Berhad mempunyai portfolio produk yang pelbagai dengan 188 SKU, merangkumi pelbagai segmen produk seperti produk susu sejuk, produk UHT, produk berasaskan tumbuhan, produk yogurt atau dadih, susu formula dan pengembangan kepada produk ais krim terkini. Kumpulan ini menjual produknya merentasi rangkaian pengedaran berbilang saluran yang meliputi semua negeri di Malaysia, dengan kemasukan terbaharunya ke pasaran seperti Tik Tok Shop, Shopee & Lazada pada 2023.
Untuk butiran lanjut, sila layari https://www.farmfresh.com.my/, atau berhubung dengan mereka di saluran media sosial mereka untuk maklumat terkini.
Pautan gambar: Mum2Mum Event photos (shortlist)
SUMBER: Farm Fresh
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Charmaine Chow
Ketua Jenama & Pemasaran
E-mel: Charmaine@farmfreshmilk.com.my
--BERNAMA