LARIAN GENERALI MALAYSIA 2024 MENYATUKAN RIBUAN UNTUK TUJUAN BERMAKNA

Isnin 20/05/2024

Table

Larian Generali Malaysia 2024 memperkasakan 12,000 pelari untuk berlari demi kesihatan yang lebih baik dan memperjuangkan tujuan sosial utama – Kanak-kanak, Kesihatan & Alam Sekitar.


PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Acara Larian Generali Malaysia 2024 buat pertama kalinya telah berjaya mengumpulkan seramai 12,000 pelari dalam 3 kategori larian iaitu 6km, 12km dan 21.1km di Dataran Putrajaya pada 19 Mei 2024.
 
Pelari dan penaja memberikan sokongan luar biasa pada tahun ini, acara julung kali ini telah menyumbang sebanyak RM105,000 kepada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – Yayasan PINTAR, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Pelari-pelari bukan sahaja berhak untuk memilih baju-t mereka berdasarkan NGO, tetapi mereka juga digalakkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang tujuan sosial melalui beberapa siri aktiviti menarik yang diadakan semasa hari larian.
 
• Yayasan PINTAR: pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik
• Persatuan Pencinta Alam Malaysia: pemuliharaan alam sekitar
• Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia: kesedaran tentang kanser
 
Selain daripada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini, Larian Generali Malaysia juga bekerjasama dengan pihak penaja untuk mengumpul dana bagi The Human Safety Net (THSN) Global Challenge―sebuah gerakan global yang terdiri daripada mereka yang membantu masyarakat dengan misi untuk membantu mereka hidup dalam keadaan yang terdedah. Sehingga kini, lebih RM250,000 telah berjaya dikumpul untuk Suriana Welfare Society Malaysia bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak untuk 80 orang kanak-kanak dan keluarga di PPR Kg Muhibbah.
 
Bertemakan “Berlari Dengan Tujuan” pada tahun ini, Larian Generali Malaysia 2024 turut menampilkan solidariti yang menyentuh hati apabila 10 pesakit kanser daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia mengambil bahagian dalam larian sejauh 6km, seterusnya mempamerkan ketahanan dan keazaman pesakit kanser.

Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia berkata, “Setiap langkah itu penting, setiap tujuan juga penting. Larian Generali Malaysia 2024 benar-benar merangkumi komitmen Rakan Sepanjang Hayat kami untuk membuat perubahan yang ketara dalam masyarakat. Selain mempromosikan kesihatan dan kecergasan, acara ini juga berfungsi sebagai platform untuk menangani isu sosial yang kritikal. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan-rakan NGO kami untuk memperjuangkan rangkuman sosial, pemuliharaan alam sekitar dan pencegahan risiko kesihatan yang akan membantu memupuk masyarakat yang mampan.”

Dengan semangat kesukanan dan keakraban, Larian Generali Malaysia 2024 turut meraikan pencapaian cemerlang para peserta dalam kategori larian 12km dan 21.1km.
 
Fabrice menambah lagi, “Semasa kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan meraikan pencapaian kolektif semua peserta, kami diingatkan tentang kuasa transformatif perpaduan dan tujuannya. Kami amat berbesar hati menerima sokongan padu daripada para pelari, pelanggan, rakan kongsi dan rakan sekerja, yang telah memberi kami peluang untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat, tanpa mereka, Larian Generali Malaysia 2024 tidak akan berjaya seperti hari ini.”
 
Dalam usaha untuk melibatkan para pelari yang tidak dapat menyertai larian secara fizikal, Generali juga telah memperkenalkan format larian maya, untuk membolehkan pelari menjadi sebahagian daripada gerakan dan berlari di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Para pelari maya boleh memilih untuk melengkapkan 6km, 12km atau 21.1km sekali gus atau berbilang larian bermula pada 19 Mei 2024 hingga 19 Jun 2024. Setelah melengkapkan jarak larian yang didaftarkan dan menyerahkan keputusan larian mereka, pelari akan menerima hak larian mereka yang terdiri daripada baju-t larian, pingat penamat dan item dari pihak penaja dalam tempoh 3 - 4 minggu selepas 19 Jun 2024. 

Sumber: Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Allison Lee
Tel: +6016 228 2916
E-mel: allison.lee@generali.com.my
 
Nama: Sheena Ho
Tel: +6012 309 1193
E-mel : sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Samantha David
Tel: +6016 314 1085
E-mel: samantha.david@generali.com.my
 
--BERNAMA
+