Isnin 10/06/2024
NEGERI SEMBILAN, 10 Jun (Bernama) -- Sekitar Program Cashless Society yang dianjurkan di NADI FELDA Raja Alias 1, Jempol, Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pembukaan reruai Klik Dengan Bijak (KDB), kelas Stem, pertandingan mewarna, jualan usahawan Felda dan NADI secara tanpa tunai, pembukaan reruai seperti Unifi, Kolej Komuniti Jempol, Lembaga Urusan Tabung Haji, Maybank dan SETEL. Program Cashless ini diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran komuniti tempatan dan usahawan tentang manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai serta penerimagunaan teknologi seperti e-dompet, DuitNow, quick response (QR) dan seterusnya menyokong usaha kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi komuniti setempat.
SUMBER : Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my
--BERNAMA