Isnin 10/06/2024
AYER ITAM, 10 Jun (Bernama) -- MCMC Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan Ceramah Advokasi berkaitan Jenayah Siber dan 'Scammer' di kalangan Ahli KRT bagi Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Khas MADANI bertempat di Dewan Restoran Vijaya Curry House, Lintang Angsana, Bandar Baru Air Itam, Ayer Itam, Pulau Pinang pada 9 Jun 2024.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hanisah Hashim, Timbalan Pengarah MCMC Negeri Pulau Pinang kepada 55 ahli KRT. Taklimat adalah merangkumi perkongsian topik berkenaan Penipuan Kewangan dan Kawalan Kendiri.
Turut diadakan kuiz MyCyberGenius bagi menguji kefahaman dalam kalangan para peserta program.
#MCMC
#KlikDenganBijak #mycybergenius
#MalaysiaICTVolunteer
#PPSO
SUMBER : Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
Tel: 03 86 88 80 00
Fax: 03 86 88 10 00
E-mel : scd@mcmc.gov.my
Laman Web : www.mcmc.gov.my
--BERNAMA