(Dari Kiri) Patrick Chin, Ketua Perbankan Komersial, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap, Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Eric Cheng, Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME dan Nicholas Wong, Pengarah Urusan CARSOME Capital Malaysia pada Majlis Menandatangani Kemudahan Pembiayaan RM100,000,000 antara AmBank (M) Berhad dan CARSOMEKUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan CARSOME (“CARSOME”) telah memperoleh kemudahan pembiayaan bernilai RM100 juta daripada Kumpulan AmBank untuk mempertingkatkan kecairan dan memperkukuh keupayaannya bagi pertumbuhan masa hadapan. Ditubuhkan pada tahun 2015, CARSOME kini merupakan platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, setelah mencapai kemajuan pesat dalam landskap perniagaan.
Ekosistem penuh
CARSOME telah berkembang pesat melalui rangkaian perkhidmatan komprehensifnya, termasuk pemeriksaan kereta, jualan, pembiayaan dan khidmat selepas jualan. Kemudahan pembiayaan RM100 juta yang diperoleh daripada Kumpulan AmBank akan memperkukuhkan lagi CARSOME, sekaligus meningkatkan kapasitinya untuk berkembang dan berinovasi. Pembiayaan besar ini akan membolehkan CARSOME meluaskan jangkauannya, meningkatkan perkhidmatan, dan memacu pertumbuhan yang berterusan, mengukuhkan komitmennya untuk memberikan nilai terunggul merentasi semua aspek operasinya.
Dengan sokongan AmBank, CARSOME akan dapat mempercepatkan lagi pelbagai peringkat dalam proses perdagangan kereta terpakai, menawarkan pengalaman yang menyeluruh dan tanpa kerumitan kepada pelanggannya. Komitmen AmBank untuk menyokong CARSOME menggariskan dedikasinya untuk memupuk pertumbuhan perniagaan yang berfikiran jauh dan memacu evolusi industri automotif di rantau ini.
“AmBank berasa senang untuk menyokong pertumbuhan dan inovasi CARSOME yang luar biasa dalam menyediakan penyelesaian sepenuhnya untuk pelanggan. Rekod prestasi terpuji mereka dalam pasaran kereta terpakai membuatkan kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam merevolusikan ekosistem automotif Malaysia. Dengan ekuiti jenama yang kukuh, kedudukan kewangan yang teguh serta pangkalan pelanggan yang meluas, kami berharap kerjasama ini dapat memperkukuh lagi operasi dan prospek CARSOME Capital. Kami berharap untuk terus memperluaskan peluang dengan CARSOME pada tahun-tahun yang akan datang,” kata
Christopher Yap, Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank. Eric Cheng, Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME berkata, “Kami gembira untuk bergandingan dengan AmBank, yang menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan kami untuk merevolusikan industri automotif. Kemudahan pembiayaan pada skala ini merupakan satu pengesahan yang kukuh terhadap model perniagaan CARSOME dan membolehkan kami meningkatkan keupayaan pembiayaan Kumpulan CARSOME secara keseluruhan. Ia juga menekankan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang boleh diakses untuk pelanggan kami serta meningkatkan pengalaman memiliki kereta. Melalui CARSOME Capital, kami akan memanfaatkan perkongsian ini untuk mengembangkan lagi tawaran perkhidmatan kami, meluaskan impak kami dan terus berinovasi dalam ekosistem automotif di seluruh Asia Tenggara.
About AmBank Group