KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan Jun 2024, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam.
1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit Demam Denggi, sejumlah 3,218 tawaran kompaun bernilai RM1,609,000.00 telah dikeluarkan dengan purata RM500.00 setiap kompaun. Sejumlah 606 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 66 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM112,280.00.
2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 25,924 premis yang dilawati, sejumlah 13,163 notis kesalahan dikeluarkan. Sebanyak 5,951 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah RM1,468,650.00.
3. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 6,824 premis makanan telah diperiksa. Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Sek. 11, Akta Makanan 1983 adalah 189 premis iaitu 2.77% daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa. Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan.
Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN
20 JULAI 2024
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187
--BERNAMA